"Ulang balik?"Roan pandang tak percaya ke Leah lepas dengar semua penjelasan gadis itu termasuk la rangka pelan untuk menamatkan peperangan yang berlangsung selama 500 tahun di Nublar itu. "Kau-""Yupp.."Leah mengangguk kepala dengan muka berlagak yakinnya. "Kau dengar aku dengan betul sekali. Aku perlukan kerjasama empat penjuru di setiap puak yang ada bagi menjayakan misi ni." ulangnya dengan senang hati.
Roan buat muka, dia berkerut kening seakan menilai Leah seorang gadis hilang akal yang terlepas keluar dari kandang pesakit mental.
"Dan kita bakal perangi apa sekarang kalau empat-empat puak yang selama ini saling berperangan antara satu sama lain bekerjasama?" tanya dia.
Sambil selak anak rambut ke belakang telinga, Leah beri renungan penuh muslihat ke Roan yang sedang duduk di atas tembok.
"Syaitan bayang...ianya merupakan sejenis makluk ajaib yang tercipta dari ahli sihir Ork. Mereka ini seperti haiwan, tetapi boleh menyerupai apa saja yang mereka mahukan. Haiwan, manusia biasa, serigala jadian, ahli sihir, warlock, orang yang kita sayangi, vampire mahupun haiwan peliharaan kau orang sendiri...mereka adalah musuh sebenar kita..dan maklukh yang bertanggungjawab di atas serangan kau dua tahun lepas.."jelasnya.
"Apa?"mulut Roan terbuka tutup tidak terkata mendengar penjelasan Panjang jela Leah.
Lantas Leah dekati Roan semula. Merapat saja mereka, Leah pegang kolar jaket lelaki itu lalu di usap perlahan seakan mahu menghilangkan habuk dari pakaian itu.
"Kau tahu...kalau bukan disebabkan kau, mungkin tiga tahun lepas aku dah Berjaya selesaikan rancangan ni...tapi disebabkan kau, terpaksa aku tangguh dua tahun lagi..dan sekarang masa aku dah hampir tamat, mahu tak mahu aku kena segerakan rancangan ni secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.."
"Memangnya kau siapa?kenapa kau buat semua ni?Untuk apa?"soal Roan.
Leah dongak memandang Roan yang sedang tunduk memandang dirinya. "Siapa aku kemudian cerita. So kau setuju atau tidak?"
"Kenapa aku kena setuju. Hidup aku selesa je dekat dalam Royal Wall ni.."
"So kau tak nak la ni?"
Menyesal pulak dia biarkan Leah lama-lama dekat sini. Patutnya dia suruh saja gadis ini pergi dari sini serta merta. Tapi itulah, hatinya tidak rela!
"Apa aku dapat?Apa puak aku dapat kalau aku sertai ekspedisi tak masuk akal kau ni?"
"Hmm.."Leah berjeda Panjang. Dia ketuk jari pada dagu sambil buat muka berfikir. Rasanya kalau misi kali ni berjaya dan Nublar bebas, rasanya dia mungkin akan kembali ke Grendola. Dan ayah dia akan bantu bangun Nublar sekali. Selepas itu dia tidakkan akan kembali ke sini semula. "Kau nak apa?"tanya dia.
"Kalau aku mintak kau akan tunaikannya?"tanya Roan dengan kepala terlentok sedikit.
Leah eratkan cengkamannya pada jaket itu. "Of course...anything you wish."
"Kalau macam tu berikan aku tanah. Tanah yang cukup besar untuk semua Puak Royal Wall hidup, dan jauh dari ketiga-tiga puak yang lain...kau boleh lakukan hal tu?"aju Roan tanpa berfikir Panjang Dia boleh agak yang Leah takkan mampu tunaikan permintaannya ini.
"Okay."angguk Leah serta merta. benda kecik je pun.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasíaSelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...