"Beritahu aku.macam mana caranya nak hentikan syaitan bayang
..." minta Leah lagi.Betapa kecewanya perasaan Eros ketika ini. Dia pandang tak percaya ke Leah bila mereka di perlakukan seperti ini.
"Kau dah tahu dari awal...still kau pergunakan kita orang untuk kepentingan kau sendiri.."kata dia semasa pandang gadis berwajah polos seperti orang tidak bersalah. "Tak sama bezanya kau dengan kita orang kalau begitu..."
Mata Moon berkedip bila dengar kata-kata kecewa Eros. Dia yang dengar boleh tahu yang vampire di depannya ini benar-benar patah hati. "Leah...cepat. Kita tak ada banyak masa.."
"Aku baru tahu.."jawab Leah sambil dengar kata-kata Leah di dalam kepalanya. "Beritahu aku Eros...aku merayu pada kau...aku tak ada banyak masa lagi untuk berlengah.." kalau dia tak selesaikan juga, ayahanda dia benar-benar akan musnahkan tempat ini.
Kirin mengetap gigi seeratnya semasa memandang Leah. Dia tahu kenapa Leah berbuat begini. Kalau dia jadi Leah pun dia akan sakit hati. Yalah siapa tak marah kalau selama ini diperdayakan.
"Bunuh Roan.."jawabnya semasa pandang ke tanah.
"Kirin!"panggil Eros dengan marah."Kau gila ke!"
Leah pandang akan Kirin apabila lelaki itu bersuara. "Bunuh Roan?"
Kirin mengangguk kepala. "Macam yang kau tahu, hanya kematian Roan sahaja dapat matikan semua kehidupan di Nublar termasuk la syaitan bayang di sini. Sebab Roan adalah keturusan asli Demon dan Devil Royal Wall. Selagi dia bernafas selagi tu syaitan bayang akan berkeliaran dan hidup di sini.."
"Hentikannya Kirin!"Eros terus mendapatkan Kirin. Mahu hentikan rakannya, tetapi baru dia capai lengan lelaki itu, dua dari kesatria Grendola di situ halang dia. Mereka kenakan sihir pada lelaki itu hingga buatkan Eros jatuh melutut di atas tanah dalam sekelip mata.
Moon berpaling memandang Leah dengan muka terkejutnya. "Bunuh Roan?Tak ke bermakna itu bunuh kau sekali?"tanya dia.
Leah pandang Moon juga. Dia sendiri dah jangka itu jawapannya. Tetapi tak sangka pulak tekaan dia betul. Haih! "Bertuah betul.." komennya dengan jengkel. "Bukan itu yang aku mahukan. Membunuh adalah pilihan terakhir untuk aku selesaikan masalah."katanya sambil tarik sarung tangan dari tangannya. "Killing is not my solution."
Kirin perhatikan hal itu, sementara Eros yang sudah melutut dalam keadaan terikat dengan tali kuasa juga Nampak.
Mereka berdua begitu bingung dan tidak faham. Siapa mereka semua di sini?Dan apa yang dimaksudkan oleh Leah sekarang ni?
"Siapa kau sebenarnya?Apa niat kau buat semua ni?"tanya Eros.
Leah tersengih lalu berdengus kecil. Nak tahu sangat ke?Pandangnya dengan sinis.
"Niat aku ke sini adalah untuk selesaikan konflik kau orang..."kata dia semasa pandang ke sisi dimana seorang dari kesatria Grendola di situ. "Untuk pengetahuan kau la...aku ni orang yang baik...tapi itu la...kau orang buatkan aku jadi jahat"
Bila kesatria itu perasan, dia dekati Leah lalu menyerahkan sesuatu ke gadis itu dengan patuh.
Leah pegang kayu seperti tongkat ajaib dengan erat lalu menyinsing lengan Panjang bajunya ke siku. "Kau nak tahu siapa aku?"kata dia sambil lalukan hujung tongkat itu ke lengannya hingga menghasilkan symbol pada permukaan belakang lengannya ketika itu. Ia bercahaya seperti ada api merebak padanya.
Moon perhatikan tindakan Leah dengan gerun. Ngeri dia bila Leah gunakan sihir terlarang tu. Ianya sangat kuat dan sangat berbahaya bagi mereka yang tidak mempunyai teras kuasa yang kukuh. Kalau Leah yang guna, ia ibarat macam orang cuba makan kuaci. Mudah dan tidak terjejas sama sekali. Tapi sekiranya dia yang gunakan sihir itu. mahunya kaki dan tangan dia hilang fungsi.
Kirin dan Eros membutang mata setelah melihat apa yang Leah lakukan. Perlahan-lahan mereka dapat rasakan kesakitan di lengan masing-masing.
Lantas Leah pandang ke arah mereka berdua. "Aku adalah seseorang yang boleh susahkan kehidupan di sini.."jawabnya semasa kuasa sihir dia menjalar di sekitar tangan ketika itu. "Kenalkan, nama aku Leah Amora, Puteri Mahkota Grendola, puteri tunggal Raja Agung Lukariah.."beritahu dia.
Ekoran rasa sakit yang mereka alami, Eros yang sedia melutut di tanah jatuh tumbang ke bawah dan menggelupur seperti orang kena sawan. Dia tidak sempat hendak beri reaksi untuk apa yang baru didengarnya.
Begitu juga dengan Kirin yang sudah menjegil mata dan mulut terkatup rapat taktala menahan rasa sakit seakan seluruh urat saraf dan otot dalam badannya mengejang. Kaki lelaki itu tersentak-sentak.
Sejujurnya dia tidak mahu menjadi kejam, tapi bila ada yang sentuh 'suis' dia, maka tiada apa-apa yang dapat terlepas dari cengkaman Leah. Mungkin kerana dia sudah terlalu banyak berlembut dan beri kelonggaran pada mereka?
"Terima kasih untuk tugas kau orang..."kata Leah yang ketika itu sebenar sedang menarik semula kuasa yang telah dikurniakan kepada mereka ketika itu. "Jasa kau orang akan di kenang sampai bila-bila. Berehatla dengan tenang di sana"ucap dia sewaktu cahaya di lengannya itu semakin lama semakin memalap dan symbol di tangan dia pun pudar.
Semua di situ hanya berdiri mengeliling akan Kirin dan Eros. Memerhati dua orang itu bergelut menahan sakit seakan nyawa di cabut dari tubuh masing-masing.
"Arghhh!!!"teriak Eros dengan mata terbeliak luas apabila dia baring menelentang atas tanah.
Bunyi seperti tulang patah kedengaran dari Kirin yang mengerang dan berderam dengan ganas. "Grrr!!!Argh!!"
Moon turunkan pedang dia ke bawah taktala menyaksikan kengerian di depan matanya. Dia yang tengok boleh rasa sakit. Inikan mereka sendiri. Seram!Kali terakhir dia saksikan kejadian ini pun semasa dia pelatih di Istana Grendola. Raja Lukariah sendiri yang jatuhkan hukuman kepada kesatria yang melanggar peraturan. Tidak sangka pula dia dapat saksikannya semula.
Selepas proses lima minit penuh penyeksaan itu. tubuh Kirin dan Eros kaku tidak bergerak lagi! Ketika itu la lima orang berpakaian serba hitam tadi mula bergerak untuk mengutip jasad dua orang itu.
Leah serahkan semula tongkat ajaib tadi pada kesatria seorang lagi dan kembali menyarung sarung tangan dan turunkan lengan baju ke lengannya. Dia buat muka seakan tiada apa-apa yang berlaku pun dekat situ.
Bersahaja dan tenang.
"Moon...pecahkan dinding tu.." beritahu Leah sambil tu.
"Baik.."angguk Moon serta merta.
Bila tiga orang dari lima kesatria tadi menghilang, dua orang lagi setia menunggu di situ bersama Leah. Menyaksikan kerja hebat Moon yang membelah batang pokok besar di hadapan mereka dengan hayunan pedang.
Hanya sekali libasan sahaja, pedang yang disalurkan kuasa itu Berjaya Moon belah dan membuka pintu masuk Utama persembunyian warlock di situ.
Bersama muka bengangnya Leah mula maju ke depan. "Time to beat some ass!"ucapnya dengan perlahan.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...