Pendatang Asing

787 98 3
                                    

Keluhan demi keluhan lepas dari bibir Roan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keluhan demi keluhan lepas dari bibir Roan. Jenuh otak dia imbas semula perbualannya dengan Drystan tempoh hari.

Semakin dia fikirkan mengenai hal itu,  dia seperti mahu meminta maaf saja pada semua suatu hari nanti.

          "Kau khianati kepercayaan aku!Kau sanggup rahsiakan semua ni dari aku?"

         "Mana ada...aku tak pernah pun terlintas nak khianati kepercayaan kau. Aku buat semua tu untuk selamatkan kau!"

         "Kau tahu semua tu dari awal. tapi tak pernah beritahu aku!Kenapa?"

          "Sebab Leah tak nak kau susah hati macam ni!Leah cakap sendiri dekat aku, kalau kau tahu hal sebenar tentang kematian Eros dan perubahan Kirin, kau takkan terima kenyataan tu!Kau akan salahkan diri kau!"

        "Apa maksud kau?"tanya dia lagi dengan kening mencerlung dan nafas naik turun yang kencang kerana begitu berang.

Drystan melepaskan keluhan kesal lalu berkata. Terpaksa la dia bukak mulut jugak. Nanti kalau dia diamkan diri, mahunya Roan hilang kawalan dan jadi gila gara-gara semua kejadian ni!

           "Eros mati sebab dia suruh Leah selamatkan kau dulu. Sebenarnya masa tu kau dah tinggal nyawa-nyawa ikan sementara Eros masih sempat boleh diselamatkan. Tapi Eros desak Leah selamatkan kau dulu. Masa Leah nak selamatkan Eros, dia dahpun mati. Oleh kerana Leah hendak cari tahu kisah sebenar serangan kau pada malam kejadian dua tahun lepas dia terpaksa hidupkan Eros semula dan pulihkan Kirin. Dia buat semua tu bukan sebab nak susahkan sesiapa. Lagipun pada hari serangan tu, kalau kau mati, Royal Wall akan runtuh. Dan semua penduduk di dalam akan ditimpa bahaya...sebab itu Eros suruh Leah selamatkan kau. Demi nyawa kau, Leah gunakan separuh dari Soul dia untuk kau. Sebab itu kau ikut sakit lepas aku tikam dia hari tu.." beritahunya dengan nada mengalah,

Haish!

Serabut ah!

Roan larikan jari jemarinya ke rambut dengan kasar sampai berserabut dibuatnya. Dia yang sedang duduk di atas tembok batu di Menara pemerhati sejak tadi cuba tenangkan diri. Tapi tak ada hasilnya sebab semakin dia cuba semakin bengang dan berserabut fikirannya!

Eros terkorban sebab dia.

Kirin jadi werewolf!

Dia berkongsi kuasa dengan seorang Outlander!Maklukh rendahan!

Drystan rahsiakan semua ni sampai dia hamburkan semua kata-kata hina tu!

Sungguh!

Dia tak faham kenapa Leah, Si Outlander tu buat semua ni?

Gadis tu tak fikir ke yang mereka semua adalah musuh?

Bukan ke musuh patut saling membencikan antara satu sama lain!

Dan sekarang dia telah terikat dengan gadis yang entah apa-apa di luar sana.

Paling parah kepala dia ini langsung tak boleh lari dari memikirkan Leah sepanjang masa!

Dia cuba hapuskan apa saja perasaan yang bergelora di dalam dadanya selama ini tapi gagal!Tiada gunanya.

Roan semakin terdesak mahu keluar dari Royal Wall ini dan menemui Leah. Berharap gadis itu dapat lakukan sesuatu mengenai perasaan yang menghantui dirinya sekarang ini.

Perasaan ini la yang buatkan dia marah dan bengang!

Rasa macam nak hilangkan je semua perasaan ini sekarang jugak!

           "Ehem.."suara orang berdehem kedengaran tiba-tiba dari belakang.

             Roan yang dengar memejam mata sambil lepaskan hela nafas panjang tidak suka. "Kan aku cakap aku tak nak di ganggu.."keluhnya.

            "Sorry kalau ganggu.."ucap Drystan di belakang itu.

            Roan sandarkan kepala pada tiang batu di tembok itu sementara sebelah kaki di tegakkan untuk tongkat tangannya. "Pergi la kalau macam tu.."pandang dia ke langit malam yang berbulan penuh ketika itu.

           "Tapi aku bawakan apa yang kau perlukan sangat ni.."beritahu Drystan lagi yang kedengaran teragak-agak.

             "Bawa benda tu pergi sebab aku tak ada mood langsung nak hadap apa-apa..."beritahu Roan dengan malas tanpa memalingkan kepala ke belakang.

               "Kan aku dah cakap...mamat sengal ni takkan mahu jumpa aku punya."sampuk suara lembut tu dengan tiba-tiba.

Terjatuh lengan Roan dari kakinya bila dia pusingkan badannya dengan mengejut ke belakang. Menahan nafas terkejut dia dibuat susuk kecil yang berdiri di sebelah Drystan yang lampai ketika itu. Tanpa berlengah dia lompat turun dari tembok  dan jalan perlahan mendekati mereka berdua serta merta.

What the hell!?

Air muka muram Roan terus berseri naik!

          "Kau bawa dia masuk Royal Wall?" bisik Roan sewaktu memandang tak percaya ke Drystan.

             Drystan menjungkit bahu. "Nak buat macam mana, kalau kehadiran dia boleh selamatkan otak kau dari sewel apa-apa aku sanggup lakukan. Aku tinggalkan kau orang dekat sini. K. Bye!"beritahu dia dengan bersahaja saat melangkah pergi dari Menara tersebut dengan tangan di dalam poket seluar.

34. The HunterWhere stories live. Discover now