"Ya...batalkan. Raja Agung enggan lengahkan masa lagi. Sekiranya masalah di sini tidak dapat diselesaikan, Maka pembersihan keseluruhan bakal di lakukan." tambah Jadon dengan nada dingin mendatarnya.
"Kau gila?"seru suara itu dengan begitu terkejut sekali. "Ramai orang tak bersalah yang hidup dalam kawasan ni!Kau tak boleh musnahkan tempat ni macam tu je!"
"Arahan tetap arahan. Kami hanya lakukan apa yang diberikan. Selain itu bukan hal kami untuk di fikirkan."sampuk suara lain.
"Kami datang ke sini bukan untuk bertekak. jadi beri kerjasama atau tindakan bakal di ambil keatas kamu kesatria!"tegas orang lain.
Jadon hanya mendiamkan diri. Dia termenung mendengar denyutan nadi yang semakin lama semakin jelas kedengaran di dalam kepalanya.
"Sampaikan pesanan ini kepada mereka yang lain."beritahu Jadon sebelum meneruskan langkahnya untuk pergi dari situ. Namun baru beberapa saja kaki dia melangkah, informer di belakangnya bersuara dengan keras namun perlahan.
"Leah takkan setuju dengan semua ni! Dia bersungguh pertahankan kehidupan dekat sini demi menentang syaitan bayang yang telah sebarkan masalah dan fitnah di tempat ni...dia takkan biarkan kau orang musnahkan semua rancangan dia macam tu je!"
Mendengar kata-kata nekad itu, Jodan berpaling, dia tenung gadis berwajah tegang di depannya dengan renungan dingin.
"Balik Moon...jangan pertikaikan keputusan Raja Agung. Baginda berhak melakukan keputusan ini. Sama ada puteri mahkota setuju atau tidak. Titah baginda perlu dilaksanakan. Sekarang jadi knight yang baik. Pulang dan sampaikan titah ini kepada mereka yang lain. Pulang ke Grendolla secepat mungkin."
Moon yang dengar berkerut kening sambil mengepal penumbuk. Tak guna betul!Dia hantar laporan bukan suruh mereka ke sini!Dia hantar laporan untuk beritahu apa yang terjadi!Dan sekarang kedudukan puteri mahkota telah terdedah!Jodan pulak yang datang ke sini!
"Ini tak adil. Kau orang tak boleh lakukan semua ni!Kau tahu tak berapa lama kita orang dekat sini struggle bagai nak gila semata nak pertahankan semua orang!Kemudian datang kau orang nak musnahkan semuanya!?"marahnya.
Lima tahun Leah dan Moon merancang. Dari memalsukan identity, samarkan kuasa, cipta keluarga palsu dengan brainwash ibubapa angkat manusia biasa mereka yang sangkakan mereka adalah anak perempuan pasangan tersebut. Sekarang apa?Segala usaha mereka seperti tiada nilainya.
Dengan mudah mereka mahu batalkannya!Mereka tahu tak apa yang Leah telah lakukan untuk jayakan misi mereka ini!
Ya!
Semuanya hanya palsu.
Ianya hanya la samaran semata.
Rekaan yang dicipta untuk buatkan segalanya Nampak meyakinkan para musuh. Terutama sekali puak syaitan bayang sendiri!
Leah dan Moon merupakan kesatria diraja dari Grendola yang dihantar untuk membantu menangani peperangan yang terjadi di Nublar. Selama bertahun mereka buat intipan dan siasat punca kenapa peperangan antara puak ini tidak pernah surut. Yang mana Berjaya!
Selepas mereka dapati ianya semuanya berpunca dari syaitan bayang. Leah dengan bersungguh memburu semua syaitan bayang dan membunuh mereka. Namun apakan daya, tidak semua rancangan mereka berjalan seperti yang dimahukan. Setiap kali mereka cuba jalankan misi, ada saja rintangan yang perlu mereka tangani.
Antaranya masalah puak Nublar yang kesempitan memerlukan sumber makanan dan ubat-ubatan la.
Kawasan hutan yang hampir mati dianiaya syaitan bayang la..
Isu antara warlock dan werewolf hingga melibatkan manusia biasa sebagai perantaraan mereka la.
Mahu tak mahu Leah terpaksa la tangani setiap isu yang timbul bagi memudahkan urusannya.
Dan kini...bertambah lagi masalah!
Kehadiran Jodan sudah cukup untuk memberitahu Moon bahawa rancangan mereka tidak akan berakhir dengan baik!Dan semua orang di Nublar bakal mengalami mimpi ngeri! Sebab Jodan adalah senjata Utama Raja Agung yang digunakan setiap kali mahu selesaikan peperangan. Lelaki ini ibarat bom jangka!
Tidak dijangka dan sangat merbahaya!
"Cukup Moon."tegas Jodan. "Tugas kau telah selesai. Selebihnya. Biar kami yang uruskan."
Mulut Moon serta merta terkatup. Keningnya berkerut tidak puas hati. Sungguh!Dia nak sangat memaki sekarang ni! Tapi, Tiada apa-apa yang dapat dia katakan lagi. Pangkat Jodan lebih tinggi dari dia walaupun dia adalah kawan baik puteri mahkota sendiri.
Lantas Jodan menyambung langkahnya sebelum hilang lesap di Udara begitu sahaja tanpa kelibat Bersama-sama dengan pengikutnya yang lain.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Here we are...
Nah....9 chapter untuk my lovely Buddies.
Ingat boleh dapat 10.. Tak sampai rupanya.
But it fine.
Sebelum lupa....
Tinta nak beritahu ya, mulai esok tinta akan update chapter baru setiap waktu malam. Selewatnya jam 8 malam hingga 11. Jadi Buddies boleh la check update waktu yang diberitahu. Hujung minggu baru Tinta sempat update waktu siang.
Biasanya Tinta taip dekat laptop kemudian edit dekat phone. Jadi kalau lambat tu Buddies faham-faham la sendiri ya.
Terima kasih yang sebab sudi baca coretan Tinta yang entah apa-apa ni.
Hope you guys enjoy it.
Have a good reading.
Don't forget to vote.
See ya next chapter!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...