Sambil duduk di atas katil dan tangan bersilang di dada, Moon pandang pintu bilik yang tertutup rapat tidak diselak dengan tidak sabar. Hujung kakinya bergoyang tidak tenang. Niat dia asalnya datang ke bilik itu untuk menemui Leah.
Dan nak tahu apa yang menyambut dia?
Puteri mahkotanya hilang sekali lagi!
Pening betul kepala dia kalau hari-hari begini!
Krit~
Bunyi engsel pintu kedengaran dengan tiba-tiba.
Moon tidak bergerak dari kedudukannya sewaktu perhatikan pintu bilik itu terbuka kecil dan si pemilik ruangan itu menyelinap masuk seperti seorang pencuri.
Leah.
Mencerun terus kening Moon memerhatikan tingkah mencurigakan rakannya yang satu itu.
Leah jalan mengundur ke belakang sewaktu gadis itu intai lihat keluar. Mungkin nak pastikan tiada sesiapa yang Nampak la tu!
Sekali tu, berpaling saja Leah menghadap ke dalam, melompat terkejut terus dia selepas ternampak akan Moon di atas katil sedang merenung ke arahnya dengan marah.
"Wargh!"jerit Leah dengan pendek sewaktu memegang dada dan terjatuhkan mantel yang dipeluknya ketika itu ke lantai. Mata terbutang luas memandang Moon saat deru nafasnya naik turun kencang tidak menentu. Mujur la jantung dia tiada masalah. Kalau tidak mahunya stork dia dekat situ. Tak satu-satu orang cuba nak buatkan dia lemah semangat.
"Mana kau dah pergi?"tanya Moon semasa bangun dari katil tu.
Mata Leah gerak memandang kanan dan kiri tidak tenang. Cuba mencari idea untuk berdalih. Apa dia nak cakap!Takkan la dia nak beritahu Moon yang semalaman dia menginap di Royal Wall menemui Roan, ketua hunter?Masak dia kena goreng dengan Moon nanti kalau kawan dia tahu!
"Beritahu aku Leah?Kau sembunyikan sesuatu dari aku kan?"soal Moon sambil jalan mendekati rakannya itu. "Siang menghilang malam bersembunyi...memangnya perkara apa yang kau cuba sorokkan dari aku selain kes kau di culik dengan kumpulan hunter tempoh hari tu?"
"Mana ada aku rahsiakan apa-apa dari kau?"nafi Leah sedaya upaya untuk tidak kelihatan terlalu obvious.
"Oh really?"Moon berhenti selepas dia berjarak tiga langkah dari Leah. Sambil membuat muka dia silangkan tangan ke dada dan lentokkan kepala ke kanan sedikit. "Kau sure?sebabnya apa yang aku dengar pagi tadi bukan seperti yang kau nafikan"
Leah pandang Moon dengan. renungan tidak faham, dia kecilkan mata sedikit lalu betullkan postur cuak kepada normal semula. "Apa kau cuba katakan ni?"tanya dia.
Moon tersengih. "Siang tadi sekumpulan ahli puak werewolf munculkan diri di sempadan Puak Nublar. kata mereka hendak temui kau...dan kau tahu apa yang lebih mengejutkan, lelaki bernama Eros turut mencari kau..."
Sh*t! Leah buat muka orang tertangkap buat salah. Asal la dia orang semua muncul pada waktu yang salah pulak!Haish!Kalau Moon tahu mesti kawannya ini akan hantar laporan dan beritahu segalanya pada orang Grendola. Yang mana bakal di ketahui oleh ayahandanya sekali.
Moon buat muka bengang. Dia mencekak pinggang hendak marah.
"Kir-Kirin rasanya...yang lelaki bermuka separuh tu beritahu yang dia orang dah kesan puak warlock seperti yang kau minta tempoh hari"sambung Moon lagi. "So apa yang kau tak kongsi dengan aku selain kenyataan yang kau telah buat rancangan secara sembunyi di belakang aku dengan melibatkan Puak Werewolf dan Vampire?Tak cukup dengan tu kau suruh dia orang buru Puak Warlock??"
Bila Leah tengok Bahasa tubuh Moon, alarm amaran menyala dalam kepalanya. Habis la dia lepas ni!
"Aku bukan sengaja rahsiakan dari kau...kau sendiri tahu kan...selain aku, kau adalah orang paling busy sekali dekat sini. Malas nak tambahkan kerja kau, tu sebab aku buat semua rancangan tu sendiri.."
Berdengus tak percaya Moon mendengar penjelasan itu,
. "Aku kawan kau Leah, partner kerja kau sejak lima tahun...takkan la hal penting macam ni tak boleh nak beritahu aku?aku tahu la kau nak jadi hero di mata ayahanda kau. Tapi tak bermakna kau boleh abaikan aku sebagai kawan kau. Kalau kau tanggung semuanya sendiri dan lakukan semua pengorbanan ni, apa gunanya aku dekat sini kalau macam tu?"marah Moon dengan muka kecewa.
"Sorry la...aku cuma tak nak susahkan kau lagi je.."beritahu Leah.
Moon turunkan tangannya ke bawah lalu jalan mendekati Leah dengan marah. Ingat senang-senang je nak mengelat dari dia ke! "Sini bagi aku tengok tanda kelahiran diraja kau!"mintanya.
Cepat-cepat Leah undur ke belakang dan bawa tangannya ke dada tanda enggan. "Buat apa?"
"Bagi je la aku tengok!"Moon terus rentap tangan Leah itu jauh dari dada lantas menyelak turun tepi lengan baju tersebut dengan kasar. Mendedahkan bilah bahu yang putih mulus bertanda lahir diraja. Sebaik dia melihat akan corak seakan bentuk bunga itu, kening Moon terus berkerut, dan dia berdengus kecil. "Jadi tak hairan la kenapa kuasa teras kau kelihatan malap sejak beberapa tahun kebelakang ni?"
Sambil pegang bahunya Leah pandang akan Moon dengan renungan tak puas hati. "Apahal dengan kau ni!Suka hati je!"
"Pada siapa kau serahkan Soul kau?Kenapa dah pudar tanda lahir tu?"soal Moon setelah memahami apa yang sedang berlaku ketika ini. Dia fikirkan selama ini Leah memburu syaitan bayang dan dapatkan bantuan dari puak kejiranan yang lain.
Rupa-rupanya bukan!Leah telah libatkan diri dengan makluhk paling berbahaya dan bermasalah di Nublar ini!
Leah menggigit bawah bibirnya sewaktu memandang Moon dengan kening berkerut tidak puas hati. Dia tidak berani hendak berkata apa-apa. Takut nanti Moon boleh mengesan penipuannya. Lagipun dia betul-betul sedang dalam masalah besar sekarang!
"Kau tak nak beritahu?"tanya Moon.
Tiada balasan.
"Fine...kau buat apa kau nak buat. Tapi aku ingatkan kau...kalau sesuatu menimpa diri kau, jangan salahkan aku kalau seisi Nublar ni kena terima bayarannya...."Moon patah balik semula ke katil dan mencapai skrol bertali emas dari tilam lantas di serahkan dengan kasar ke dada Leah. "Pandai-pandai la kau uruskan masalah kau..."
Kelam kabut Leah capai skrol itu dengan bingung. "Apa ni?"tanya dia.
"Surat dari Jadon mengenai ayahanda kau..."beritahu Moon semasa gerak hendak keluar dari situ. Tugasnya sudah selesai di situ. Yang lain terpulang pada Leah hendak lakukan apa. Dia sudah letih nak menghadap perangai tidak dijangka Leah itu!
Berasa tidak senang dengan jawapan itu, Leah tanpa berlengah membuka gulungan skrol itu dan membaca butiran yang ditulis dengan pena pelepah. Nampak saja perkataan yang tertulis di situ, dia terus membutang mata terbeliak nak terkeluar dari soket!
What the heck!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasíaSelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...