Eros dan Kirin jadi bingung sendiri bila Leah dan Moon yang mereka baru kenal tak lama tadi pandang mereka seperti mereka itu secebis daging.
Sejak jumpa tadi mereka boleh perasan perubahan tingkah laku tidak tenang Leah itu. Nak ditanya mahunya gadis itu jawab. Sudahla Leah ni suka berahsia jenis orangnya.
"Hey...Leah?"panggil Kirin dengan teragak-agak.
Leah tersentak, dia kerling ke Kirin yang tidak jauh dari dia. "Kenapa?"
"Kau okay?"tanya Eros pula.
Tidak tahu nak jawab apa, Leah lemparkan pandangannya ke arah lain. Bibirnya di ketap kerana berasa tidak pasti.
"Kau sure kau nak buat hal ni?"tanya Moon di dalam kepala menggunakan kuasa telepati.
Leah yang dengar dalam kepalanya hanya mendiamkan diri. Dia sedang buat perhitungan yang patut untuk keputusannya ini. Memang dia tak patut reka cerita mengenai serangan yang menimpa Kirin dan Eros. Tetapi dua orang ini jugak bersalah sebab rahsiakan hal sebenar dari dia!
Jadi sama adil sama timpal la dengan perbuatan mereka sekarang.
Dia terkena mereka pun ikut terkena!
Fair and square!
"Asal kau nampak pelik sejak jumpa dengan Roan?Dia katakan sesuatu tak baik pada kau ke?"Kirin bertanya lagi bila Leah buat tak tahu.
"Tak ada apa-apa.."jawab Leah acuh tak acuh, Sungguh dia benar-benar rasa susah hati dan takut sekarang ini! Imej milik ingatan Roan masih menghantui dirinya sehingga sekarang.
"Habis tu kenapa kau nampak macam resah je?"lantas Eros berdiri melangit di depan Leah.
Sambil buat muka hendak menangis, Leah pandang Eros dan Kirin silih ganti. Dia kepal penumbuk erat-erat. Sebelum dia jumpa Carlos, dua orang ini perlu dia uruskan terlebih dahulu. "Kau sure kau nak tahu?"soal dia dengan renungan kecewa pada Eros.
Elok saja Eros tersenyum, dia buat muka serba tak kena. "Kenapa dengan kau ni?Aku tanya sebab aku kisah pasal kau...itu je."
Kirin pun begitu. Dia pandang Leah dengan kening berkerut tidak faham.
Moon yang sudah tahu apa rancangan Leah yang seterusnya hanya berdiri di situ dalam keadaan berjaga-jaga. Keutamaan dia adalah keselamatan Leah.
Tidak semena Leah tolak dada Eros hingga buatkan lelaki itu jalan mengundur ke belakang secara mengejut. "Fine...aku beritahu..kau dengar sini elok-elok!"
Terkebil-kebil mata Eros bila Leah begitu dengannya. "Cakap tu cakap je la...tak payah la berkasar."
"Yalah Leah...apa yang berlaku sebenarnya ni?Kenapa kau marah?"soal Kirin pula.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...