Malam melabuhkan tirainya.Suasana kawasan Nublar dan Royal Wall begitu hening sekali.
Hanya bunyi unggas malam sahaja yang memeriahkan kawasan hutan di sekitar tempat itu. Burung hantu dan makhluk ajaib yang suka keluar ketika waktu malam boleh di lihat kelibatnya dalam kegelapan di celah pokok.
Dan dalam keheningan malam itu, muncul kelibat orang berpakaian serba hitam dan misteri menyusup di balik kegelapan di situ dengan langkah yang senyap seperti ninja. Mereka melompat dari pokok ke satu pokok yang lain.
Selepas mengambil masa beberapa hari untuk tiba ke situ, akhirnya Jodan serta ahli kumpulannya berjaya tiba di kawasan Nublar yang dikhabarkan sering berlakunya peperangan di antara puak. Mereka berhenti dari lompat dan jatuh mendarat di atas tanah dengan kemas.
Berdiri saja mereka di situ, Jodan, ketua kumpulan Dark Knight turunkan penutup mulut ke bawah dagu lalu perhatikan sekeliling hutan itu. Matanya melirik ke sekitar tempat dia bertapak.
"Tenaganya berada dimana-mana."ujar seorang dari mereka dengan perlahan.
Jodan yang turut dapat merasai denyutan nadi itu hanya mendiamkan diri. Dia mahu memasang telinga dengan lebih focus lagi.
"Tapi berada berdekatan..." tambah seorang lagi yang sedang dongak memandang Udara seperti seekor anjing cuba mengesan bau.
"Berpecah!"arah Jodan dengan nada seriusnya.
"Baik!"sambut mereka di situ dengan serentak sebelu berdesup begitu sahaja menghilangkan diri.
Sendirian di situ, Jodan melangkah dengan derap kaki yang tenang dan bersahaja. Kasutnya memijak daun dan ranting kering yang ada di lantai hutan di situ. Sambil dia berjalan, sambil itu dia perhatikan kanan dan kirinya.
Tidak semena sesuatu muncul dari kiri lalu mengenai batang pokok di tepi Jodan.
Seakan tiada apa-apa yang terjadi, Jodan yang kekal tenang dan collected itu dengan bersahaja palingkan kepala. Memandang anak panah yang tercacak pada batang pokok di sebelahnya. Melihat api biru yang masih menyala pada anak panah tersebut cukup memberitahu dia bahawa dia tiba di tempat yang betul.
"Apa kau orang buat dekat sini..."tegur satu suara yang muncul dari balik kegelapan malam di batang pokok di situ.
Bila Jodan pandang ke tepinya, seseorang berjalan mendekati ke arahnya dengan senyap.Dia diam sebentar untuk mebaca teras kuasa yang dimiliki oleh orang itu. Ingin memastikan orang dihadapannya ini adalah kawan bukan lawan.
"Raja Agung telah menurunkan titahnya."beritahu Jodan selepas mendapat kepastian bahawa orang di depannya ini adalah informer sama yang selama ini bekalkan maklumat kepada Grendola.
"Tsk!"bunyi lidah di ketikkan. "Alasan."
Jodan tidak memberi sebarang komen mengenainya.
"Berhambus dari sini. Kami tidak perlukan sesiapa dari Grendola di sini.."
"Dimana dia?"
"Siapa?"
"Kau tahu siapa yang aku maksudkan"
Dengusan mengejek kedengaran dari orang di depan Jodan. "Lepas lima tahun campak dia ke sini?Kenapa baru sekarang nak cari?Baru ingat diri tu ada anak?"
"Jaga Bahasa tu bila bercakap!"tegas Jodan dengan nada tegas disiplin. "Mana dia?"ulangnya lagi.
Memang tak la dia nak beritahu."Hilang."
"Bukan ke kau yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dia?macam mana hal ni boleh terjadi?Raja Agung begitu murka selepas laporan yang dihantarkan kepada baginda tempoh hari..memberitahu hal sebaliknya." beritahu Jodan dengan mendatar. Dia lirik secara rahsia orang di depannya.
"Ianya tak semudah ABC kawan...kau rasa kenapa selama lima tahun kita orang terkandas dekat sini? Lagipun musuh semakin lama semakin berani. Dan kuasa tuanku tidak seperti dulu..aku sendiri tak boleh nak tegah dia sepanjang masa."
Pada masa itu Jodan kerling ke kanan lalu anak buahnya berdiri di situ memandangnya. "Bila kali terakhir kau nampak dia?"soalnya semasa kembali memandang informer di depannya.
"Tak ingat."
Keluhan lepas dari Jodan. Dia menarik hela nafas panjang lalu dihembus pendek. Sedaya upaya mahu mengawal rasa marah yang mula berkumpul di dadanya saat menghadap perangai menjengkelkan orang di depannya.
"Dengar, aku datang ke sini bukan saja-saja. Raja Agung sendiri yang beri titah. Batalkan semua misi dan kembali semula ke Grendola. Selebihnya biar kita orang yang uruskan. Beritahu yang lain mengenai hal ni."
."Apa!?Batalkan?"soal suara itu dengan cemas.
Lalu muncul dua lagi anak buah Jodan dari kegelapan. Mereka berdiri di situ dengan senyap tanpa kesan. Hanya memerhatikan Jodan serta informer itu dari jauh.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...