Ke hulu hilir orang keluar masuk dari bilik dengan besen dan dulang berisi kain yang Kotor dengan kesan darah. Dari satu besen air yang bersih, keluar dari bilik sudah menjadi merah darah. Wajah mereka pula cemas dan runsing.Di dalam kamar tidur, kelihatan Vladimir yang resah menggigit hujung ibu jari memerhatikan tabib merawat anak lelakinya yang sakit sejak beberapa hari tanpa sebab. Tiada siapa tahu punca anak lelakinya sakit.
Nak kata disihir, tiada kesan sihir.
Tabib tidak menemui sebarang kuas sihir.
Nak kata diracun, darah bersih tiada bahan tercemar.
Segalanya telah dilakukan. Tetapi Vladimir tetap tidak mendapat jawapan yang pasti. Apa yang dia ketahui segalanya terjadi setelah serangan dan penangkapan puak warlock yang dilaksanakan oleh Roan pada dua malam yang lalu!
"Drystan!"panggil Vladimir dengan berang sewaktu menghadap lelaki bersut combat di tepi jendela bilik.
"Saya tuan!"sambut Drystan dengan wajah pucat lesi. Sumpah dia takut yang amat. Pelbagai kemungkinan terbayang dalam kepala otaknya sekarang ini sejak Roan terlantar sakit di katil tidak berdaya.
"Apa yang telah terjadi sebenarnya?Kenapa Roan begini! Bukan ke tanggungjawab kamu untuk jaga keselamatan dia!"soal Vladimir sewaktu mendekat.
Drystan bingung. Dia takut-takut memandang Vladimir. Kedua-dua tangan berada di belakang badan. Kalau la dia ada jawapan, sudah lama dia beritahu. "Maafkan saya tuan. Saya benar-benar tidak pasti."
Berang dengan jawapan itu, Vladimir cekau kolar baju Drystan lalu digoncang tubuh itu dengan kasar.
"Lakukan sesuatu mengenainya la!Kamu berdiri di sini sepanjang masa ianya tidak akan dapat selamatkan anak lelaki saya!Saya beri amaran kepada kamu ya!Sekiranya sesuatu terjadi pada Roan, nyawa kamu sebagai galang gantinya!" ngaumnya di depan muka Drystan.
Mata Drystan terpejam saat suara itu menghambur di depan mukanya.
"Sekarang keluar!Lakukan sesuatu!Jangan kembali selagi kamu tidak dapat jawapannya!"arah Vladimir sebelum mencampak Drystan ke lantai begitu sahaja seperti lelaki itu kain buruk.
Terbaring saja Drystan di lantai itu, Roan di atas katil tiba-tiba saja bangkit dari baring lalu tunduk ke tepi memuntahkan darah ke lantai.
Splash!
Seperti air, darah keluar dari mulut itu hingga timbul urat belirat di pelipis dan leher Roan. Dia pejam mata serapatnya untuk menahan sakit. Nak menjerit tak berdaya dan mahu bersuara tak mampu. Apa yang dia boleh lakukan hanya merintih dalam diam!
Maid yang bertugas serta tabib yang bertanggungjawab menyaksikan kejadian itu dengan wajah kengerian. Muka mereka pucat lesi sama seperti Roan sendiri. Bezanya bukan sebab sakit, tapi sebab mereka takut. takut sekiranya mereka gagal selamatkan anak kepada tuan mereka ini!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasíaSelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...