Bengang dengan semua yang dia dengar, Roan pandang Leah dengan kening mencerlung. Giginya diketap kuat sampaikan ia saling berlaga menyakitkan.
Jadi semua ini berpunca dari Leah.
Baru sekarang dia faham.Kenapa dia alami semua mimpi yang dia tidak pernah miliki pun sebarang ingatan mengenainya.
Dan juga perasaan aneh yang selalu menjalar dalam dirinya.
Ini semua kerana dia berkongsi satu Soul dengan gadis ini!
Begitu terhinanya dia kerana berkongsi satu kuasa dengan seorang Outlander!Makluk kelas bawahan dan hina!
"Keluarkan kuasa ni dari aku!"arah Roan tidak semena dengan garang sekali.
Melompat terkejut Leah dibuatnya sampai matanya berkedip takut.
What the heck!
Leah pandang Roan dengan dada senak dan kening berkerut. Kurang ajar betul punya perangai. "Kau dah kenapa gila!"marahnya pula.
"Aku kata keluarkan kuasa kau dari aku!Aku sanggup mati dari di tolong dengan mahkluk hina seperti kau ni!Dasar perosak!Habis rakan aku kau ubah jadi Outlanders!Tak cukup dengan tu kau bagi kuasa kau pada aku!"marah Roan sambil jalan mendekati Leah. Ingat dia ni hamak sangat ke nak hidup!
Sambil terkebil-kebil memandang Roan, Leah undur ke belakang nak jauhkan diri. Bapak ar! Sh*t betul perangai hunter depannya ini!
Sementara Eros dan Drystan cuba menghadang Roan sewaktu rakan mereka jalan berarak dengan marah ke arah Leah.
"Roan!Hentikannya!"arah Eros.
"Roan!"panggil Drystan dengan nada tegas.
Tetapi Roan tidak berhenti dari maju ke hadapan. Matanya terarah pada Leah, jelas terpancar dari balik renungan itu, Roan mahu membunuh Leah di situ juga.
"Kenapa kau selamatkan kita orang hah!Patutnya kau biarkan je kita orang mati dekat situ!Aku sanggup mati dari terima kuasa kau dan ubah kawan-kawan aku jadi makhluk hina macam kau orang ni! Kau tahu tak apa kau dah buat!" ngaum Roan dengan berang.
Leah mengedipkan mata saat mendengar kata-kata kesat Roan. Tersentap hati kecilnya sebaik mendengar tomahan kasar itu. Sampaikan tekak dia jadi kesat dan dadanya sebu seperti mahu menangis.
Sedih gila bila Roan menghina kuasanya!Ingat dia nak sangat ke tolong Roan, Kalau dia tahu sejak awal lagi siapa Roan, memang dia biarkan lelaki ni mereput jadi bangkai je malam tu!Tapi mengenangkan dirinya masih ada hati dan perasaan Leah ikutkan saja nalurinya untuk menyelamatkan Roan dan rakan-rakan lelaki itu.
Tak sangka pulak ini yang dia dapat!
"Roan!"bentak Eros kerana begitu terkejut dengan kata-kata kasar Roan. Sampai hati Roan cakap macam tu terhadap Leah. Dia sendiri pun tak berani nak tinggikan suara apa lagi merendahkan Leah sekalipun Leah telah ubah dia jadi vampire tanpa kerelaan dia. Sikit pun tak terasa apa lagi marah dengan keputusan Leah. Sekurangnya Leah cuba hendak bantu dia!Sementara Roan yang tidak sedar diuntung kerana di selamatkan Leah boleh pulak cakap macam tu!"Tarik balik kata-kata kau tu!"
Bersama mata kemerahan dan gigi terketap erat, Roan memberi jelingan maut pada Eros. "Kau diam! Kau dengan dia sama je!Termasuk kau Drystan!"dia tolak tangan Eros dan Drystan jauh dari tubuhnya dan menjarakkan diri dari mereka. "Pengkhianat!"lafaznya sepenuh hati. "Kau!"pandangnya ke Drystan. "Selamatkan seorang Outlander...dan kau!"dia pandang Eros pula. "Bersekongkol untuk bersama dengan mereka sedangkan kau tahu apa yang dia orang dah buat!Memang patut la ayah aku kata Outlanders patut di hapuskan!"desisnya dengan benci.
Terpempan Eros setelah itu. Wajahnya bungkam. Bahu dia jatuh hilang semangat taktala mendengar bait kata 'pengkhianat' keluar dari mulut Roan. Berkecai perasaan dia!
Drystan pun ikut sentap. Dia berdiri kaku di situ saat memandang Roan. Dia selamatkan Leah sebab nak selamatkan Roan. Takkan itupun digelar pengkhianat?Salah ke apa dia buat??
Seakan malaikat lalu, keadaan tempat itu menjadi hening yang menegangkan.
Air muka Eros yang sedia pucat lagikan dingin itu semakin dingin.
Kecewa dengan mereka di situ, Leah lepaskan hela nafas panjang dan gerak hendak pergi dari situ.
Kisah apa dia!Misinya adalah musnahkan semua koloni syaitan bayang yang ada di Nublar serta pulihkan semula tanah tempat ini saja. Perkara lain bukan la masalah dia.
Lantak la apa Roan fikir pasal dia. Bukannya dia rugi apapun.
"Jom kita balik Eros.."ajak Leah semasa mula gerak mahu beredar dari situ.
Tidak berlengah atau berfikir panjang, Eros terus berpaling dan gerak mengekori langkah Leah. Tunggu situ buat sakit hati je. Baik dia berhambus! Lagi bagus.
Sebelum itu sempat Eros kerling buat kali terakhir ke Roan dan Drystan. Mana tahu mungkin ini kali terakhir dia menemui mereka.
Roan terus bersuara apabila melihat mereka berdua mula menjauh darinya. Bersama renungan nekad dan perasaan marah yang membuak-buak, dia berseru.
"Jangan kau muncul depan mata aku lagi sebab lepas ni takkan aku biarkan kau orang pergi macam tu je!"ugutnya.
Leah hanya kerling ke balik bahu dia sewaktu dengar lalu berdengus mengejek.
Poyo!
Cakap macam berani je!Cubala!Dia tak takut la!Roan tak tahu lagi siapa dia yang sebenarnya!Kalau la lelaki tu tahu...Huh!Jangan menyesal pulak nanti sudah! Nangis pun tak ada gunanya!
Eros tiba di sisi Leah sesaat kemudian dan jalan di samping gadis itu Bersama-sama tanpa menoleh lagi.
Roan yang perhatikan dua orang itu diserang perasaan sakit hati yang aneh dan asing buat sekian kalinya. Entah kenapa dia tidak suka melihat dua orang itu berdampingan!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...