Permintaan Raja.

791 96 5
                                    

Piala berisi air kosong di letakkan sebelah tangan yang sedang sibuk mencatit sesuatu di atas dokumen kerajaan oleh Jadon sebelum dia gerak undurkan diri ke belakang dan berdiri di tepi situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Piala berisi air kosong di letakkan sebelah tangan yang sedang sibuk mencatit sesuatu di atas dokumen kerajaan oleh Jadon sebelum dia gerak undurkan diri ke belakang dan berdiri di tepi situ.

Dia perhatikan lelaki yang mengenakan attire seorang raja itu dengan renungan dingin. Tertanya-tanya sendiri bagaimana lelaki yang sudah berusia separuh abad ini masih mampu untuk berjaga malam dan uruskan semua hal negara dengan mudah serta sekelip mata?

            "Ada khabar berita dari anakanda beta ke?"tegur Raja Agung Lukariah tiba-tiba sewaktu lelaki itu capai piala minuman tadi dengan sebelah tangan sebelah lagi sedang memegang helaian kertas. Lantas dia menyisip sedikit air dari piala itu.

             "Tiada tuanku.."jawab Jadon dengan tertib.

           Raja Agung Lukariah pun menggeleng kepala. Dia tidak memandang Jadon, tapi tetapi keluhan panjang yang dilepaskan sudah cukup untuk memberitahu bahawa dia tidak suka dengan jawapan itu. "Apa la beta hendak lakukan terhadap anakanda yang seorang itu?Kenapa la keras kepala sangat?"

Jadon hanya mendiamkan diri. Dia termenung memandang ke lantai berjubin di bawah kakinya.

            "Kamu sudah pesan bukan seperti yang beta mahukan?"soal Raja Agung Lukariah sekali lagi sewaktu dia gulung dengan marah akan kertas skrol di situ lantas di campak ke tepi meja dimana timbunan skrol yang lain berada.

              "Sudah tuanku.."jawab Jadon dengan ringkas dan pendek masih bernada mendatar.

               Baru la Raja Lukariah palingkan kepalanya dan memandang Jadon. "Apa dia cakap."

                Jadon pun berbuat perkara yang sama. Dia angkat matanya ke atas dan bertentang mata dengan Raja Lukariah."F*ck off and mind your own business.."

               Menjegil bulat Raja Lukariah sewaktu dengar. Sentap hati tuanya ini. "Apa kamu kata pada saya?"berani betul Jadon mencarut pada dia.

               "Itu kata puteri mahkota tuanku....."beritahu Jadon dengan muka poker face.

Raja Lukariah mengetap bibir sewaktu pandang Jadon. Dia ingatkan apa tadi!Bertuah betul punya anak!

                "Ya sudah...kalau begitu, beta berikan dia masa sehingga hujung bulan ini. Dan sekiranya dia masih berkeras untuk menetap di sana, Beta akan kerahkan tentera diraja untuk turun ke sana dan banteras peperangan di situ..."pesannya.

                 "Baik tuanku.."Jadon beri anggukan satu kali tanda patuh.

Raja Lukariah setelah itu kembali hendak menghadap kerjanya, namun baru dia pandang akan dokumen di situ, tiba-tiba dia tersentak sendiri lantas berpaling semula ke Jadon.

             "Oh ya..kamu sudah fikirkan akan permintaan beta tempoh hari?"tanya dia dengan kening terangkat ingin tahu.

Air muka Jadon yang awalnya dingin berubah menjadi pegun taktala raja dia bertanya soalan itu sekali lagi. Perasaannya di hurung rasa serba salah dan tidak kena.

            "Tentang apa ya tuanku?"tanya dia semula. Mana tahu kan raja dia tanya soal lain ke apa ke!Nanti salah jawab dilabel perasan pulak!

              Raja Lukariah ketawa kecil. "Haih...kamu ni takkan la muda-muda lagi sudah jadi pelupa. Beta sendiri yang tua pun masih ingat lagi...ya sudah tentu la tentang rancangan beta hendak satukan kamu Bersama anakanda beta...tentang apa lagi.." ujarnya sebelum tersengih.

               Dengan susah payah Jadon menelan air liur dia yang tiba-tiba terasa kesat pulak masa tu. "Oh...tentang hal tu...saya-"

                Raja Lukariah pusingkan kerusi yang dia duduk ketika itu menghadap Jodan lalu bersandar rehat ke belakang memandang anak muda yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. "Sebelum kamu tolak, beta nak ingatkan kamu sekali lagi. Kalau bukan kamu tiada siapa yang layak untuk jadi pasangan anakanda beta...selain kamu, tiada lagi lelaki lain yang beta boleh percayakan untuk menjaga anakanda beta serta negara ini"

              Semakin bingung Jadon rasakan bila melihat renungan penuh berharap Raja Lukariah terhadapnya. Manakan daya dia ada hati hendak buatkan lelaki tua ini terkilan dan kecewa. "Bagaimana dengan puteri mahkota sendiri?Tuanku sendiri tahu betapa bencikan puteri mahkota terhadap saya..dan mana tahu tuan puteri sendiri ada pilihannya yang tersendiri?"ujar dia hendak mencari dalih. Memang tidak la dia nak bersetuju. Itu namanya gali lubang kubur sendiri!Sudah la Leah tu memusuhi dirinya. Kalau gadis itu tahu mengenai usul ini pasti meroyan tak cukup hari dibuatnya!

Raja Lukariah buat muka tak kisah.

            "Beta tidak peduli mengenai pendapat Leah, dia patut tahu sebagai seorang puteri mahkota, dirinya itu bukan milik dia seorang tetapi milik kerajaannya. Segala keputusan yang dibuat perlulah berlandaskan kepentingan rakyat dan negara ini sekali. Bukan ikut sedap hati puteri mahkota. Jadi kamu tak perlu risau mengenai Leah. Apa kamu perlu lakukan adalah fikirkan yang terbaik demi kelangsungan pemerintahan Grendola. Beta yakin suatu hari nanti sekiranya kamu menjadi suami Leah, kamu turut menjadi seorang raja yang berwibawa dan bertanggungjawab. Lebih baik dari beta sendiri.." beritahu Raja Lukariah bernada memujuk.

Jadon hilang kata-kata. Dia hanya mampu melepaskan hela nafas pendek kesalnya sambil membalas renungan penuh impian Raja Lukariah terhadapnya itu. Elok saja dia baru selesaikan satu peperangan, inikan nak kena handle satu lagi 'peperangan'. Yang besar pulak tu!

Haih!

34. The HunterWhere stories live. Discover now