Musuh Dalam selimut
Duri dalam daging
Seperti selumbar pada jari
Kesemua ini menyakitkan hati dan mintak dihapuskan serta merta."Ini je?"tanya Kirin kepadanya setelah melihat tiga botol kaca berisi roh jahat setan yang berjaya Leah tangkap hasil tiga minggu menunggu.
"Jangan nak banyak bunyi boleh tak? Untung-untung aku tangkap tiga.." getusnya.
Kirin beri renungan sebelah mata kepadanya. Bukan sebab curiga tapi memang lelaki tu cuma ada satu mata saja. Sebelah muka sudah pun habis di baham werewolf beberapa tahun yang lalu. "Kau tahu pelanggan aku nak lebih dari ni... "ujar dia sambil serahkan tiga guni berisi makanan, kain. ubat-ubatan dan posyen.
Leah pula menjuling mata menyampah. Demand je tahunya. Cuba la sendiri buru setan-setan ni sendiri. Ingat senang apa? Ikutkan hati sudah lama dia cari pedagang lain untuk buat pertukaran. Namun mengenangkan reputasi dia tidak baik untuk beberapa daerah dalam negeri ini, hanya Kirin sajalah harapannya.
"Well kalau macam suruh dia orang je yang tangkap setan-setan ni sendiri.. " balas Leah sambil ambil tiga guni itu lalu diikat pada kuda mengembaranya. "Mungkin lain kali aku akan cari pedagang lain saja untuk buat pertukaran"
Kening Kirin terangkat. Dia tersentak mendengarnya.
"Hei...janganla macam ni.. Kita dah lama berniaga kan.. Takkan itu pun terasa."Kirin singgul bahu Leah main-main. Susah dia kalau Leah cari pedagang lain. Mahunya rugi dia nanti. Sudahlah sekarang susah hendak dapatkan shadowhunter yang berpengalaman. Kalau adapun ramainya pemabuk dan tidak reti buat kerja dengan baik hingga minta upah yang tinggi. Tidak seperti Leah. Wanita ini tidak minta wang selain bekalan harian semata. Jadi dia tak rugi sesen pun.
Leah hanya buat muka kesal. Dia tak faham kenapa sejak ke belakangan ini semakin lama semakin banyak pulak syaitan yang berkeliaran di luar tembok?Bukan ke mereka semua sepatutnya tinggal di dalam tembok itu?Apa yang Vladimir telah lakukan?Orang tua tu tak tahu ke nak jaga penduduk dalam tembok tu betul-betul!
Ikatan terakhir pada beg mengembara di ketatkan oleh Leah kasar-kasar.
"Hei...Leah."Kirin muncul ditepi Leah. Dia pandang tepi wajah bersih tanpa cela dan cantik itu buat seketika.
Leah tidak menoleh, tetapi dia hanya berikan humming pendek kepada Kirin.
"Hm."
Kirin pandang akan badan kuda di depannya dengan muka teragak-agak. Bawah bibir di gigit perlahan. Dia berasa was-was sendiri hendak bersuara.
Apabila Kirin tidak bersuara, Leah pun palingkan kepala. Memandang lelaki separuh serigala jadian itu dengan kening berkerut. Hak-alah!Mamat ni pun...kalau nak cakap tu cakap je la. "Apahal?Aku kena cepat ni!Ada majlis yang perlu aku hadiri ni!"sungutnya kejengkelan.
Bersama senyuman nipis di bibir, Kirin pandang Leah. "Aku cuma nak tanya je.."
"Tanya apa?"soal Leah dengan nada tiada mood dia. Mana taknya, dia penat dan jengkel mengingatkan majlis yang bakal diadakan nanti di tempat persembunyian puak warlock.
"Macam mana dengan keadaan kau?"soal Kirin dengan kening terangkat.
Leah yang dengar terus mengetap garis nipis di bibir. Tanpa sedar dia mengepal jari jemari dengan erat dan giginya terketap erat. "Kalau tak ada apa-apa lagi,aku blah.."beritahu dia yang enggan menjawab soalan itu. Takut nanti ada yang jadi batu kejap lagi.
Kirin cepat-cepat pegang lengan Leah. Halang gadis itu dari memanjat naik ke atas kuda. "Hei...tunggu.."tegahnya.
Serta merta kepala Leah tunduk memandang jari jemari yang sedang memegang lengannya. Bayangan imej dan suara jeritan flashback dari memori milik Kirin ditayang ulang dalam fikirkan Leah. Buatkan dia menahan nafas terkejut. Tanpa berlengah sesaat pun, tangannya di rentap dari cengkaman itu kerana enggan lihat semua itu.
"Apahal dengan kau ni!"sentapnya dengan keras.
Air muka Kirin berubah. Dia pandang serba salah ke Leah. "Aku cuma nak tahu keadaan kau je...yalah. Lepas apa yang kau dah buat"
Nafas Leah naik turun deras seakan mahu naik angin. Dia eratkan lagi ketapan giginya. "Sekalipun aku beritahu yang aku tak okay, dapat ke kau ubah balik kenyataan yang aku kehilangan semuanya disebabkan perbuatan kau dan kawan-kawan kau tu?"tanya dia sewaktu panjat kuda tugangannya dan duduk di atas seat badan haiwan tersebut.
Kirin dongak memandang Leah dengan kening berkerut serba salahnya. Dia hendak katakan sesuatu tetapi selepas menyedari apa yang dia katakan nanti tidak akan dapat sejukkan hati Leah yang sedia panas itu, Kirin batalkan niatnya untuk bersuara.
Buat kali terakhir Leah kerling ke Kirin. "Jangan sibukkan aku, kau jaga la diri kau elok-elok."pesannya sebelum pukul tali pengikat ke badan kuda dan haiwan itu mula berlari pergi meninggalkan tempat itu.
Kirin yang ditinggalkan sendirian di situ hanya perhatikan pemergian Leah dengan renungan kesal dan terkilannya. Sumpah, kalau dia boleh putar balik masa, dia akan cuba elakkan dari semua itu berlaku!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...