Mengalah

805 103 2
                                    

Sebaik saja Drystan keluar dari pintu tangga Menara tersebut, suasana tempat itu menjadi sunyi sepi dan kekok semacam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja Drystan keluar dari pintu tangga Menara tersebut, suasana tempat itu menjadi sunyi sepi dan kekok semacam.

Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain dengan lama.

Roan diam menatap wajah Leah. Tertanya-tanya lagi dia...takkan lah Leah sanggup bahayakan diri untuk ke sini demi dia?

Leah pula berdengus kecil hendak ketawa mendengar komen Drystan tadi. Suaranya memecah keheningan mereka di situ.

              "Pfft!"sembur dia mahu terhambur ketawa. "Memangnya kenapa?Lelaki tak sedar di untung ni terfikirkan aku je ke?"seloroh dia sewaktu lirik Roan dengan sinis.

              Kening Roan berkerut tidak suka. Dia jeling akan Leah dengan renungan seperti mahu memaki gadis itu. See....kalau tak nampak dia tercari-cari. Kalau dah nampak macam nak cekik-cekik je! "Blah la kau!"ujarnya.

Ceh! Leah mencebik bibir sewaktu pandang Roan dari atas ke bawah beberapa kali.

Hak alah!Macam la dia nak sangat berada di sini.

Tak payah suruh pun!Dia sendiri akan pergi la!

              Dengan rela dia patuh. "Fine!Dengan suka! "balas Leah sambil menjungkit bahu tidak kisah sewaktu berpaling membelakangkan Roan. Buang masa!Buang tenaga! Semua sia-sia!Baik dia duduk saja di rumah bukan ikut si mangkuk ayun Drystan tu!

Roan membuat muka tidak rela dan terpaksanya bila nampak Leah nak pergi dari situ. Takkan la betul-betul nak pergi!?Dia pandang belakang kepala Leah lalu cengkam mantel hood itu dengan lekas.

              "Ahp!"jeritan kecil lepas dari Leah bila dia rasa tali yang mengikat mantel dia mencekik leher selepas di tarik dari belakang. "What the f*ck?" sebutnya semasa pegang leher dan pusing menghadap Roan semula.

Ish! Nak bunuh dia apa!?

             Seakan seperti dia tidak lakukan apa-apa, Roan kemudiannya seluk tangan ke dalam poket seluar dan pandang ke tempat lain dengan muka tak bersalah. "Dah lewat malam ni...aku tak rasa Drystan nak hantar kau balik semula ke Hutan Nublar...aku pun tak kuasa nak temankan kau balik. Better kau tunggu sampai siang." selorohnya sambil tu.

               "Hah? "Eleh!Tadi suruh blah! Sekarang suruh singgah!Dasar lelaki sengal! "Mana satu kau nak dari aku ni ha?Stay atau pergi?"tanya dia dengan jelingan menyampah.

             "Dah ada dekat sini kan...stay lah!Kalau boleh aku nak kau pergi! Masalahnya kalau kau pergi ni.."Roan tunding jari ke dada sendiri dengan marah. "Takkan tenang.."beritahu dia.

Leah yang dengar sudah buat muka.

              "Heh.."sengih Leah dengan bangga. Tahu tak pe! Hari tu bukan main lagi hina dan kata bencikan dia. Sekarang tercari-cari. Menyampah! "Dah tu...kau nak aku buat apa ni?"

               Roan pandang Leah bersama perasaan menggerutu dan bibir muncung ke depan. Isy! "Kalau aku tahu, tak adanya kau ada dekat sini...semua ni salah kau kan...kau la yang cari penyelesaiannya"getusnya kejengkelan. Rimas betul!

Eh! Sedapnya menuduh!

Mata Leah gerak naik turun menilik susuk lampai Roan buat seketika. Nak Untung Melihatkan aura disekeliling badan lelaki itu yang tidak tenteram beritahu dia cuma satu je cara nak tenangkan Roan.

             "Benci sangat ke kau dengan kuasa aku dalam badan kau?"tanya Leah sewaktu gerak menanggalkan sarung tangan.

Roan jeling ke Leah dengan kening mencerlung.

            "Kalau aku kata ya kau nak buat apa?Nak ambik semula kuasa ni dari aku?Macam tu?"soal dia dengan kasar.

          "Kau nak sangat ke?"tanya Leah lagi sambil merapat ke Roan.

Menyedari akan tindakan Leah itu, Roan terpaku. Dia perhatikan setiap gerak geri Leah dengan teliti. Berasa berdebar tetapi tak suka.

Apabila dia sudah tiba di depan Roan, Leah bawa tangannya naik memegang tengah dada Roan lalu dongak memandang lelaki itu dengan renungan mesra.

            "Kau tahu...Soul aku agak cerewet sikit...bukan calang-calang orang ia mahu bersama. Ada yang cuba kongsi Soul bersama aku...tapi mereka di tendang...dan kau..dengan mudah diterimanya. ..ingat senang-senang apa aku nak bagi... sebab itula Soul aku kekal di dalam badan kau sehingga kini..."

                   Mata Roan tunduk memandang tangan Leah didadanya sebelum dia pandang semula ke mata itu. "Apa kau nak buat?"tanya dia dengan suara separuh berbisik.

Leah pegang dada bidang Roan dengan sengih meleret.

              "Kenapa? Kau nervous? Tak pernah bersama dengan mana-mana perempuan?"ejeknya sewaktu lirik akan renungan bingung Roan.

             "Cakap tu baik sikit ya!"sentap Roan.

             "Aku nak tenangkan Soul ni supaya tak susahkan kau...dia orang nakkan aku..sebab itu fikiran kau cuma terbayangkan aku...dengan adanya aku dekat dengan kau, Soul dalam badan kau ini akan ikut tenang.." jelas Leah. "Boleh aku?" tunjuk dia mahu melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Roan.

Untuk beberapa saat Roan teragak-agak namun dia mengangguk mengalah. Yalah! Nak ditegah,  dia sendiri yang mahukannya.

Selepas mendapat kebenaran, Leah pun seluk tangannya kedua-dua belah pinggang Roan di balik jaket yang dipakai oleh lelaki itu lantas menyandarkan mukanya ke dada itu.

Menahan nafas Roan lepas dirinya di dakap dengan Leah. Serta merta bau wangi dari tubuh Leah menerawang masuk ke rongga hidungnya. Buatkan dia terpesona.

            "Dengar eh aku bukan ambik kesempatan okay...aku buat semua ni sebab aku sendiri nak hidup tenang. Kalau kau susah hati, aku ikut tempias sekali...so apa kata...kita berdamai untuk beberapa minit sampai Soul dalam badan kau tenang?" beritahunya sebaik bersandar di dada itu.

Roan kaku berdiri menjadi patung apabila dipeluk. Tangannya kekal di sisi tidak membalas pelukan itu. Niatnya nak tolak, tapi entah kenapa dia rasa selesa pulak!

Mendapati dirinya tidak di tolak, Leah pun memejamkan mata dengan senyuman senang di bibir. Acah tough! Menyampah

Pelukan Leah dieratkan lagi. Even dia kerap peluk Eros tapi badan lelaki itu tidak sehangat Roan, yang mana buatkan dia berasa begitu selesa sangat! Lama-lama pun tak apa, bukan selalu dia rasa perasaan senang dan hangat seperti ini!

Terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam dirinya, Roan dapat rasakan seluruh urat saraf dia yang tegang menjadi kendur, kepalanya yang berserabut tiba-tiba lapang seakan kosong tiada masalah. Dadanya yang sesak sejak tadi sudah ringan dan tidak sempit lagi.

           "Fine...make sure tak ada siapa tahu pasal ni.."beritahu Roan apabila dia gerak membalas pelukan itu dan lingkarkan kedua-dua tangan ke belakang badan Leah.

Leah hanya balas dengan anggukan kecil. Ingat dia nak beritahu ke! Kalau ada orang tahu masak dia!

34. The HunterWhere stories live. Discover now