Istana Grendola

976 99 0
                                    

Bandar Grendola

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bandar Grendola.

Bandar yang terkenal dengan kekayaan dan keharmonian. Segala kemahuan boleh di penuhi. Apa saja yang diingini bakal di miliki. Semuanya hanya di sini.

Atas berkat raja yang memerintah Istana Grendola, rakyat serta hamba yang hidup di tempat itu sentiasa di limpahi dengan kesenangan. Bertuah siapa yang lahir dan berasal dari tempat itu sejak bergenerasi.

Namun lain pula kisahnya buat mereka yang tinggal jauh dari kawasan itu. Mereka yang berasal dari negeri dan daerah lain tidak dapat menikmati apa yang dirasai oleh penduduk Grendola. Ramainya datang berbondong-bondong ke tempat tersebut mencari pelindungan dan makanan kerana kesan dari peperangan yang terjadi,

Oleh kerana hal itu, Raja Grendola, iaitu pemerintah Kerajaan Grendolla iaitu Raja Agung Lukariah telah mengerahkan para tentera dan kesatria terhandal dari istananya untuk turun padang membantu rakyat yang terseksa dek peperangan yang terjadi di dalam negeri di bawah naungannya itu.

Tapi itu la....

Bukan semua perancangan berjalan lancar seperti yang diinginkan. Dan bukan semua perkara berlangsung seperti yang dimahukan.

              BAM!

Sebuah skrol emas terhempas atas permukaan meja seramik setelah ia dicampak dengan kasar oleh lelaki di depan meja sidang itu.

Hanya sekadar bunyi itu saja sudah cukup buatkan mereka yang berada di sekeliling meja tersebut melompat terkejut dan tunduk menikuskan diri kerana takut.

                "Berapa lama beta perlu tunggu?"soal Lukariah dengan wajah tegangnya. Mana dia tidak angin satu badan sekiranya hal sama saja yang di laporkan!

                 "Maafkan patik tuanku...plantun yang bertugas mengalami kesukaran untuk tiba di kawasan peperangan kerana terkandas dek serangan lanun dan perompak jalanan.."beritahu laksamana kanan serta merta.

Lukariah kerling ke kesatrianya itu dengan kening berkerut. Tangan dia bercekak di pinggang. Dahi yang sedia berkedut semakin berkerut.

                     "Bagaimana operasi membantu dan menyelamat kamu boleh gagal berkali-kali?Beta nak tahu alasan tu?Bagaimana kedudukan kamu boleh terdedah!"bentaknya.

Senyap sepi ruangan itu tiada bunyi sebaik bentakan itu kedengaran.

                      "Mereka sedang nazak sekarang!Kamu semua adalah pahlawan terhandal!Takkan hanya kerana perompak dan lanun picisan seperti mereka itu pun tidak dapat di tumpaskan!Rakyat beta sedang nazak di luar sana.kalau begini la gayanya. Biar beta sahaja yang keluar ke sana hantar bantuan!"

Dengan serentak semua kepala tegak memandang raja di hujung meja itu. Masing-masing buat muka risau dan terkejut sebaik cadangan itu di lafazkan oleh pemimpin mereka.

34. The HunterWhere stories live. Discover now