Plan

774 102 5
                                    

           "Bonda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


           "Bonda...anakanda perlukan jawapan.."

          "Kamu sudah ada jawapannya."

          "Bukan ini yang anakanda maksudkan"

          "Bonda tahu...tapi kamu sendiri yang mahukan semua ini bukan? Pertahankan mereka yang memerlukan.Dan kamu perlu ingat. Kamu adalah waris asal Grendola. Kuasa dan keistimewaan kamu bukan milik kamu seorang tetapi semua orang...sama ada kamu rela atau tidak, ini adalah tugas kamu sebagai anak, pewaris serta pemerintah Grendola."

           "Jadi apa yang perlu anakanda lakukan??"

           "Ikut kata hati kamu...apa kamu jadi esok adalah keputusan yang kamu buat hari ni.."

           "Bagaimana kalau anakanda terkorban..adakah ia bakal mempengaruhi sesiapa?"

           "Ayahanda kamu sudah semestinya. Hidup dia adalah dalam diri kamu. Sekiranya sesuatu terjadi terhadap kamu ia akan mempengaruhi dirinya. Sekiranya nanti bila bonda sudah tiada, kamu jadila anak yang baik dan taat pada ayahanda dan rakyat jelata. Lakukan yang terbaik buat mereka semua. Kita wanita di lahirkan untuk melakukan banyak pengorbanan sekalipun terpaksa mengadaikan nyawa."

Dalam keadaan bersila, Leah terapung di Udara dengan rambut mengerbang dan mata terpejam di atas katilnya. Cahaya keluar dari tubuh dia ketika itu.

Bersinar-sinar bilik itu dengan cahaya tersebut. Menggunakan kuasa komunikasinya Leah berhubung dengan teras kuasa milik bonda dia.

Dari situ dia boleh berbual dan menemui wanita itu dalam alam magis. Dari situ juga la dia dapat nasihat dan juga sokongan taktala dalam kesusahan ketika membuat keputusan.

Selepas seketika berkeadaan begitu, cahaya dari tubuh Leah pun berkurangan dan dia kembali duduk di atas katil semula. Rambutnya sudah tidak lagi mengerbang.

           "Macam mana?"tanya Moon yang sejak tadi menemani Leah di dalam bilik itu. Perkara biasa yang dia lihat sepanjang perkenalannya dengan Leah dan bukan la kejadian pelik buatnya lagi. "Kau dah ada jawapannya ke? "

             Perlahan-lahan Leah membuka matanya. Lantas bertentang mata dengan Moon di situ. "Kalah atau mati."ajunya setelah itu.

             "Dan pilihan kau?"kening Moon berkerut.

Leah melepaskan hela nafas Panjang. Dia pandang akan skrol yang diterimanya siang tadi.

Di dalam skrol itu tertulis makluman mengenai warning ayahanda dia yang mahukan kepulangannya dengan segera.

Dan Jodan turut menambah bahawa lelaki itu akan datang awal seminggu ke sini untuk menemui dia. Kebetulan masa itu juga dia bakal melakukan operasi misinya.

            "Kita akan bertahan. Cepat atau lambat aku akan teruskan jugak pelan ni.."beritahu Leah dengan nekad.

             Moon mengangguk kepala faham. "Okay..."dia kemudian termenung memandang jari jemari. Sedang berfikir hendak tanya lebih lanjut mengenai rancangan Leah. Tapi dia takut Leah enggan memberitahu dia akan hal itu.

             "Moon.."panggil Leah dengan nada serius.

             Kepala Moon tersentak. Dia angkat mata memandang ke depan serta merta. "Huh?"

             "Ada sesuatu yang aku nak kau tahu.."kata Leah, masih dalam kedudukan bersila di atas katil itu.

             "Tentang apa?"tanya Moon.

              Buat seketika Leah tenung dalam-dalam wajah Moon. mengingatkan kembali imej yang dia nampak melalui visi milik Roan malam tadi. "Tentang pemilik Soul aku.."

             Kening Moon mula berkerut. Dia terus duduk tegak dari sandarnya. "Siapa?"dia jadi tidak sabar. Bertuah betul orang tu kan!

             "Orang itu adalah anak kepada ketua Puak Royal Wall Vladimir, Roan Black.."jawab Leah.

              Jatuh bahu Moon lepas tu. Dia rasa hilang semangat mendengarnya. "Apa?"si hunter tu?

              "Dan apa yang aku bakal beritahu kau kejap lagi adalah rahsia terbesar yang tersimpan selama beratus tahun lamanya.."beritahu Leah. "Rahsia sebenar Nublar dan kenapa peperangan ni boleh terjadi. Kau sedia nak dengar?"

                Moon mengetap bibir sewaktu dia menelan air liur gemuruhnya. Lain macam betul bunyinya. Teruk sangat ke? "Sedia." angguk dia setelah itu.

              Leah mengangguk kepala. "Aku beritahu bukan sebab kau marahkan aku siang tadi. Tapi disebabkan aku dah buat keputusan apa yang aku patut buat lepas ni.."

             "Okay...aku dengar."angguk Moon dengan muka nekadnya juga.

Leah pun mula menceritakan segalanya kepada Moon. Dari awal sehingga la akhirnya.

Mengenai siapa Roan sebenarnya.

Apa latar belakang lelaki itu.

Dan apa yang dia telah lakukan pada Eros, Kirin dan seluruh kawasan Nublar tersebut.

Moon yang dengar hanya mampu menahan nafas dan tercengang sepanjang penjelasan itu diberikan kepada dia.

Selesai menceritakan segalanya, Leah memberitahu akan Moon mengenai rencana dia yang seterusnya untuk menamatkan semua konflik di Nublar ini. Once for all!

34. The HunterWhere stories live. Discover now