Deru angin malam yang menyapa kulit buatkan dia yang sedang memejam mata terpaksa buka mata sebab hendak tahu kenapa dia berasa dingin. Sebaik saja dia membuka mata, pandangan matanya terarah pada leher seseorang lalu pemandangan gelap hutan.
"Kita dekat mana?"bisik Leah sewaktu bersandar pada pelukan Kirin.
Kirin yang dengar tersentak. Dia tundukkan kepala ke bawah lalu pandang tepi muka pucat Leah. "Tengah hutan"balasnya dengan perlahan.
"Buat apa?"tanya Leah lagi sambil mengedipkan matanya yang berat.
"Jumpa seseorang.."jawab Eros yang sedang bersandar di batang pokok berdekatan tempat Leah dan Kirin sedang berada.
Alasan kenapa Leah Bersama Kirin adalah kerana tubuh lelaki itu lebih hangat. Dan ianya untuk kurangkan suhu dingin yang sedang menghuni tubuh Leah ketika itu. Gadis itu saling tidak ubah seperti mayat. Sangat sejuk dan kelihatan tidak bermaya. kedua-dua mata itu kemerahan. Bibir biru seperti tiada darah yang mengalir. Disebabkan Eros tiada suhu badan hangat seperti mahluk lain, dia tidak dapat memeluk Leah ketika itu.
Leah kembali memejamkan matanya. Dia berkerut kening bila dengar suara raungan Roan di dalam kepalanya. Kasihan Roan. Tak pasal-pasal lelaki itu terpaksa tanggung sakit dia sekali. Nampaknya mereka berdua sama-sama menderita saat ini.
"Siapa?"
"Drystan.."Kirin jawab sambil termenung memandang unggun api di depannya.
Elok Leah hendak kembali lena, dia membuka mata dan angkat kepala dari sandarnya di bahu Kirin. Dia berkerut kening saat memandang tepi muka yang bertutup dengan lapik kulit.
"Untuk apa?Kau tahu kalau dia tahu hal sebenar siapa diri kau orang yang sebenarnya, dia takkan teragak-agak bunuh kau orang?"
Eros berdengus, dia yang sedang bersandar pada batang pokok itu tunduk menguis tanah dengan hujung kasut.
"Kenapa kau fikir pasal kita orang sedangkan yang tengah nazak sekarang adalah diri kau Leah?" kagum sungguh dia pada manusia yang satu ini. Tidak pernah dia temui mana-mana mahkluk yang mementingkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. Leah adalah satu-satunya orang itu!
Leah tidak dapat menjawab. Dia hanya mendiamkan diri setelah itu.
Bila keadaan disitu senyap buat seketika kecuali dari bunyi kersikan kayu api terbakar di dalam unggun api, kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan memijak daun kering.
Eros adalah orang pertama sekali yang dengar, jadi dia berdiri tegak menghadang Leah dan Kirin sepantas kilat. Gigi taringnya menyeringai keluar dengan bengis. Matanya yang sedia merah semakin memerah ingin memberi amaran.
Kirin mengeratkan pelukan pada tubuh Leah penuh protective.
Perlahan-lahan kelibat orang berkelubung pun muncul. Dan cahaya dari unggun api di situ mendedahkan gerangan pendatang misteri itu.
"Better kedatangan aku ni bawa faedah...atau kau orang aku kerjakan." muncul Drystan dari balik kegelapan itu, dia jalan dengan langkah berlagak yakinnya. Renungan dingin diberikan kepada pada Eros. Dia tidak perasan akan Kirin yang berada di belakang ketika itu.
Eros kembali kepada postur tenang. Gigi taringnya disembunyikan. Sifat vampirenya di tenangkan. Dia berdiri melangit di depan abangnya. lelaki yang sudah lama dia tidak temui sejak keberadaan di Nublar tiga tahun yang lalu.
"Kau ke yang berikan nota tu pada aku?" kepala Drystan terlentok sedikit sewaktu tilik Eros.
"Bukan dia...tapi aku.."muncul suara Kirin.
Drystan terkejut. Dia bergerak sedikit untuk jengah kepala ke balik badan Eros. Lantas dia ternampak seseorang dengan muka separuh ditutup. Seorang gadis bersandar lemah di sisi. Bila dia kenal pasti wajah itu, keningnya terangkat tinggi.
"Kirin?"sebut Drystan dengan muka tergamam yang amat. What the hell? Apa yang sedang berlaku di sini?Kenapa mereka berdua boleh berada di sini?Bukan ke sepatutnya mereka mati lama dahulu? "Kau masih hidup?"
Kirin tersengih tidak terasa hati dengan kata-kata itu. "Kita borak kemudian je..." katanya. "Sekarang kau selamatkan dia dulu..atau Roan dalam bahaya."
Kepala Drystan berpaling ke Eros pula.
"Apa hubungan kau dengan Outlanders ni?Kenapa kau tak balik semula ke Royal Wall?Mati-matian aku fikir kau orang dah mati?"soal Drystan. "Dan kenapa aku kena selamatkan perempuan yang hampir nak bunuh aku pulak ni?"
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasíaSelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...