Ketika itu dia tidak sedar apa yang telah terjadi terhadap dirinya. Apa yang dia tahu, sedar-sedar saja dia sudah berada di satu persekitaran yang asing dengan perasaan tidak enak diseluruh badannya. Dari kepala, penglihatan, pendengaran sehingga la derianya. Segalanya terasa janggal dan begitu merimaskan.
Dan paling ketara ada bau yang sedang dia hidu ketika itu. Bau yang buatkan tekaknya yang kering semakin kering dan terdesak. Seperti angin lalu, dia bukq mata lantas bangun dari perbaringannya. Perkara pertama yang dia lihat adalah seorang gadis duduk bersilang kaki di atas tunggul batu sedang mengukir kayu menggunakan mata pisau.
"Kau dah bangun?"tanya suara itu.
"Apa yang dah berlaku?"tanya dia dengan susah payah. Tangannya secara automatic naik memegang tekak kerana berasa begitu kesat dan kering sekali.
"Kau dah mati selama tiga hari...dan kini kembali hidup selepas aku ubah kau menjadi vampire.."jawab gadis itu tanpa memandang diri dia. Masih tekun dengan ukiran di kayu tadi.
Dia yang dengar berkerut kening tidak mengerit. "Dah mati?" tanya dia sedikit terkejut. Lantas tangannya di bawa naik ke depan muka. Mahu dia belek akan dirinya itu. Dia sudah mati?
Baru la gadis itu mengangkat kepala lantas memandang tepat ke arahnya. "Ya...dah mati. Aku tak sempat nak pulihkan kau sebab masa tu kau memang dah tak bernyawa lagi...tapi jangan risau. Aku dah suruh kenalan aku untuk lakukan sihir supaya ubah kau menjadi vampire. Dengan ini kau takkan mati dan bakal hidup sampai bila-bila...serta kebal."
Sebaik fikirannya menjadi jelas dan sober dari mamainya, mula la segala memori dan ingatan terhadap kejadian yang berlaku mula bermain dalam kepala dia. Segalanya!Dari awal sehingga la kejadian dimana dia di serang!
Sh*t!
Tak mungkin!
Ini semua tak mungkin terjadi!
Dia sudah menjadi monster!
"Apa perasaan kau?Kalau dulu kau hidup menjadi pemburu?Dan sekarang kau telah menjadi orang yang bakal di buru?Seronok tak?" tanya gadis di depannya dengan senyuman sinis meleret di bibir.
Dan ketika itu la dia hilang kawalan. Entah apa yang berlaku dia tidak tahu!Segalanya berubah menjadi merah!Dan bau terakhir yang dia ingat adalah bau darah!
Bau yang selamanya bakal menghantui hayatnya sampai bila-bila!
Kain tuala yang direndam pada air di perah dengan kuat sebelum di letakkan atas dahi yang sedang panas itu. Perlahan-lahan ia di tekan. Berharap dengan cara ini suhu badan ini akan reda sedikit.
Dia rasa serba salah. Sungguh! Kalau dia boleh putar balik masa, akan dia elakkan semua kejadian ini dari terjadi. Masalahnya identitinya sebagai vampire menyukarkan niatnya untuk dilaksanakan.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasíaSelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...