One Soul

816 102 4
                                    

Leah melompat ke atas badan syaitan bayang yang terbaring lalu menikam tepat ke dada makhluk tersebut hingga bertukar menjadi debu arang dan kerlipan bercahaya putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Leah melompat ke atas badan syaitan bayang yang terbaring lalu menikam tepat ke dada makhluk tersebut hingga bertukar menjadi debu arang dan kerlipan bercahaya putih. Dia ingatkan dia boleh la sempat nak ambik nafas lepas berkejaran dengan mahkluk tadi.

Tetapi tidak sempat Leah hendak ambil Udara dan recover dari serangannya tadi, muncul seekor lagi syaitan bayang dari kegelapan malam itu dan bergerak mahu menerkam Leah.

Leah mahu bangun dari bercakungnya ketika itu sewaktu syaitan bayang kedua berdesup laju sepantas kilat ke arahnya hingga dia tiba di belakang Leah sesaat kemudian. Selang sesaat kemudian, syaitan bayang itu angkat angannya yang berkuku tajam untuk mencakar Leah.

Sriingg!

Percikan api keluar dari kuku mahkluk tersebut apabila muncul sebuah dinding kaca bergesel pada kukunya yang berada betul-betul di hadapan Leah yang membutang mata sebab terkejut.

Bersama nafas tertahan-tahan Leah kaku berdiri di situ saat memandang syaitan bayang yang berdiri melangit di depannya sebelum gerak hendak terjatuh ke belakang.

"Skrraaa!"syaitan bayang itu menyeringai ngeri ke Leah dan gerak mahu menyerangnya semula tanpa putus asa.

Leah tidak sempat hendak mengedipkan matanya pun sewaktu syaitan bayang di depannya dipenggal kepalanya sebelum meletup menjadi letusan debu halus. Apa yang dia tahu, tengok-tengok je dia sudah terduduk dekat situ.

Setelah debu-debu tersebut menghilang, pemandangan tempat itu menjadi jelas dan bersih. Baru la Leah Nampak siapakah orang yang telah menyelamatkannya tadi.

Di situ, berdirinya Roan di hadapan Leah yang sedang bersimpuh atas tanah dengan muka comot dengan kesan lumpur dan darah di sekitar dahi serta tepi tulang pipi.

Mereka berdua saling bertentang mata buat seketika tanpa berkata apa-apa.

           "Awak tak apa-apa?"tanya Roan dengan perlahan sambil tunduk menghulurkan tangan ke Leah untuk di sambut.

Mata Leah gerak dari memandang wajah kacak Roan ke tangan yang bersarung kulit hitam itu pula. Teragak-agak hendak menyambutnya, dia hanya kaku terduduk disitu tidak bergerak.

Oleh kerana dirinya tidak dihiraukan, Roan ambil keputusan untuk tarik Leah sendiri bangun dari situ, Jadi dia pun berbuat begitu tanpa segan silu. Dia pegang lengan Leah dengan sebelah tangan sebab sebelah lagi ada pedang. Hanya dengan satu rentapan saja, Leah bangun dari situ dan terus bersandar pada dadanya.

Leah menjerit kecil kerana terkejut dengan tindakan mengejut Roan itu. Namun dia cepat-cepat soberkan diri dan cuba tolak dirinya menjauh dari lelaki itu serta merta.

Tetapi cengkaman pada lengannya malah di eratkan dan Roan menarik tubuhnya supaya lebih mendekat sampaikan mukanya tersembam ke dada tu dengan kasar.

               "Apa ni!"marah Leah sambil bergelut  hendak lepaskan diri.

"Macam ni ke awak ucapkan terima kasih pada orang yang baru selamatkan diri awak?"tanya Roan di depan muka Leah.

Kaku kejung badan Leah bila dia dapat rasakan getaran teras kuasa miliknya dari badan Roan. Kuasa di dalam badan lelaki itu meronta-ronta mahu kembali kepadanya semula. Dan dia tidak boleh benarkan hal tu berlaku, sebab kalau dia ambil semula kuasanya dari tubuh Roan, lelaki ini akan mati!

             "Lepaskan aku!"ketap Leah dengan mata bulut menjegil.

              Roan malahan tersengih meleret, "Not this time.."katanya. "Awak ikut saya!"

               Mata Leah terbutang luas. "Apa?"ikut ke mana?Nak di apakan pulak dirinya ini?

               "Roan jangan.."suara Drystan kedengaran tidak lama kemudian apabila lelaki itu muncul di tepi Roan dan Leah sesaat kemudian.

                Dengan pantas kepala Roan berpaling memandang Drystan. Rahangnya berketik. "Ini urusan aku. Dia hutang aku sesuatu."

Leah meronta mahu membuka mulut hendak bersuara, sekali tu..

               "Lepaskan Leah, Roan."

Dengan serentak Roan, Leah mahupun Drystan sentakkan kepala mereka ke kiri hutan itu dengan serentak. Mulanya mereka tidak dapat melihat apa-apa sebab waktu itu gelap, tetapi seketika kemudian, muncul la satu kelibat dari dalam kegelapan itu. Cahaya bulan yang terpancar di atas langit telah dedahkan susuk lampai Eros di situ.

Setelah rupa lelaki itu jelas kelihatan dan Eros berdiri beberapa langkah di tempat mereka bertiga berada, dua pasang mata merah itu bercahaya. Memberitahu siapakah dirinya sebenar.

Buat pertama kali dalam dua tahun ini, Roan terus terpempan dengan nafas tertahan. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu tergamam.

Vampire!

             "Eros?"sebut Roan Bersama perasaan sebu di dada. Sungguh terkejut dia apabila realiti menyentaknya. Kawan baiknya telah menjadi vampire!Kawan yang selama ini dia sangka telah mati sudahpun menjadi seorang daripada Outlanders!

Leah hanya mampu pandang tidak berkedip akan Eros. Hampir saja dia mahu mencarut dan maki hamun Eros pada masa itu jugak! Yang vampire ni muncul sekarang jugak dah kenapa!Cari nahas betul la!

Drystan menelan air liur dengan susah payah hendak membasahkan tekaknya yang kering tiba-tiba.

               Bersama senyuman sinis meleretnya, Eros dekati Leah dan Roan selangkah demi selangkah. "Hai Roan."sebut Eros buat pertama kalinya selepas dua tahun tidak bertemu. "Long time no see...my friend."

Terjatuh terus tangan Roan dari cengkamannya pada lengan Leah ekoran terlalu terperanjat dengan apa yang dilihatnya ketika itu.



🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Well...Buddies nampaknya Tinta tak dapat nak capai target untuk siapkan cerita ni dalam masa seminggu ni. Hmm....

Kesuntukan masa dan keperluan ruang untuk kerja sangat terhad. No matter how I try manage my time and work,,,still can't make it.

Untuk hari ni 3 chapter saja la dulu...ya.😊 next time kalau idea melimpah ruah,  tinta update lebih banyak

Hope you guys enjoy it.

Have a good reading.

Don't forget to vote.

Thank you for ur time.

See ya next chapter!

Adios!

34. The HunterWhere stories live. Discover now