"Siapa yang lembab sekarang ni?" tanya Leah semasa tunduk memandang hunter yang sedang dipijaknya ketika ini. Mujur la Moon dan ibubapanya sempat larikan diri. Sekiranya tidak pasti mereka turut menjadi mangsa nafsu serakah para hunter ni!
Dasar mahluk tak guna!
Terkebil-kebil mata hunter itu setelah melihat Leah. Dia tidak menyangka dirinya akan ditumbangkan dengan seorang wanita. Berasa tercabar dengan apa yang terjadi, tanpa berlengah cepat-cepat dia hulur tangannya ke atas dan menembak cahaya kuasa keluar dari tapak tangannya.
Cahaya itu meledak ke arah Leah, tetapi dia hanya gerakkan sedikit sahaja kepala ke tepi untuk elak dari serangan itu. Sikit pun tidak menjejaskan dirinya ketika itu.
"Tssk!tssk!What a shame..." Leah mengetik lidah sambil menggeleng kepala kesal. "Ini ke hunter yang selalu orang sibuk katakan?Hebat dan membunuh tu?" ujarnya dengan sinis.
"Drystan!"satu suara lantang kedengaran dari satu arah dengan mengejut.
Leah palingkan kepalanya ke kanan lalu ternampak seorang hunter sedang berlari ke arah mereka. Terangkat tinggi keningnya apabila menyedari bahawa aura aneh yang dia rasakan tidak lama tadi datang dari hunter di depannya ketika ini!
Sh*t!
Terkesan dengan kehadiran hunter itu, Leah terus alihkan kakinya dari badan hunter tadi lalu di cekau kolar baju itu dengan paksa sebelum di jadikan tebusannya. Bawah leher itu dihunus dengan bilah cahaya yang dihasilkannya tadi.
"Roan jangan dekat!"arah Drystan sebaik dirinya di jadikan tebusan oleh Leah.
Cepat-cepat Roan berhenti mengejut beberapa meter dari Leah dan Drystan. Dia pandang tepat ke Drystan lalu ke gadis berambut ikal Panjang hitam di belakang rakannya pula. Tiba-tiba saja seluruh urat saraf dan tenaga dalam badan dia mula tidak tentu arah.
Apahal pulak ni?
Perasaan apakah ini?
Roan yang tidak bertopeng muka itu pandang ke Leah dengan kening berkerut kebingungan.
Leah turut tenung tepat ke dua pasang mata itu, Susah payah dia menelan air liur gemuruhnya hendak bersuara. Haish!Susah kalau macam ni!"Kalau aku jadi kau, aku akan dengar."beritahu dia. Please jangan dekati dia!
Nafas Roan naik turun kencang dek kuasanya yang tidak tenang sedang berombak-omabk di dada. Suatu perasaan aneh menjalar di segenap tubuhnya. Memberitahu dia supaya mendekat ke arah gadis di depannya sekarang ini!Dia pandang akan Drystan dan beri isyarat secara rahsia kepada rakannya untuk lakukan sesuatu mengenai situasi itu.
"Lepaskan dia sekarang!" arah Roan.
Dengusan kecil mengejek lepas dari Leah. Dia pandang Roan sambil tersenyum meleret. Lepas?Memang tak!Dia sanggup bunuh lelaki ni sekarang jugak!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...