Bunyi suara orang menjerit dan meraung dengan menderita menghuni kawasan peperangan di mana pertumpahan sedang berlaku. Dimana-mana dapat lihat tubuh dan mayat bergelimpangan setelah tumbang di jajah musuh.
Serigala jadian yang separuh menjadi manusia dan beast itu sedang mengaum dan melibas kuku tajam mereka ke manusia-manusia yang sedang menyerang mereka dengan kuasa magis dan senjata perak.
Vampire menyeringai ngeri menayang gigi taring masing-masing sebelum tunduk meratah leher penjarah mereka di situ. Namun ada juga yang tumbang taktala tubuh mereka yang rapuh itu di tujah dengan kuasa magis dan peluru tembaga berbahaya.
Manusia biasa yang tidak mampu pertahankan diri hanya mampu melarikan diri dan terbunuh di balik peperangan yang terjadi di situ.
Rumah serta bangunan habis musnah di mamah ledakan yang terjadi. Wanita dan kanak-kanak kelam kelibut cuba menyelamatkan nyawa masing-masing tetapi tidak sempat sebelum kepala dan tubuh masing-masing di kelar dan di tikam dengan pedang dan bilah kristal bercahaya.
Hujan turut menimpa pada hari ini. Membasahi tanah yang sudahpun lembab dengan kesan darah dan berlumpur. Namun cuaca itu tidak menghalang pahlawan dan semua di situ untuk menyerang dan menghapuskan setiap musuh yang ada.
"Ibu!!!"raung seorang kanak-kanak kecik yang terduduk di tengah kesibukan di situ. wajahnya basah dengan air mata dan pakaiannya kuyup ditimpa hujan dan darah.
Disebabkan keadaan terlalu kelam kabut, tiada siapa yang peduli akan nasib anak malang itu kerana mereka sendiri terdesak hendak selamatkan diri.
Taktala anak kecil itu tersedu-sedan dengan sedih, seorang pahlawan berpakaian serba hitam bergerak mendekatinya dengan sebilah pedang di tangan. Dia mendekat dan mendekat sehingga la dia bercangkung di depan anak kecil berusia 5 tahun itu.
Apabila melihatkan lelaki bertopeng hitam dengan kesan belahan dan Kotor dengan kesan, anak kecil itu pun berhenti meraung. Mungkin kerana rasa hairan dan ingin tahu, anak kecil itu gapai tangan mahu menyentuh pahlawan tersebut.
Tidak bergerak atau melakukan apa-apa, pahlawan itu tunduk memerhatikan tangan kecil itu hinggap di lengannya yang beralas dengan sarung tangan dan pakaian combatnya.
"Ayah...?"panggil anak itu dengan bingung.
DUNG!
DUNG!
"Roan!"panggil orang dari luar pintu bilik. "Kau nak terus membuta sepanjang hari macam ni ke?"
Mendengar bunyi bising itu, lelaki yang sedang terbaring meniarap tidak berbaju atas katil tersentak kepala dari bantal. Namun kepalanya jatuh semula ke bawah sesaat kemudian.
"Roan!!"panggil suara menjengkelkan itu lagi.
Renggusan kasar akhirnya keluar dari hidung apabila dia terjaga dari lena pendeknya. Rasa mahu menyumpah seranah pun ada saat ini. Kenapa la dia boleh bertahan menghadap kawan baiknya ini selama 10 tahun? Pelik dia kenapa selama ini tidak pernah dia cuba hendak bunuh rakannya ini.
BANG!
Tidak semena pintu bilik terbuka dengan kasar sebelum daun pintu tersebut menghempas ke dinding sebaik di rempuh.
"What the hell?Serius?kau masih baring?Tau tak pukul berapa sekarang ni?"bebel Drystan kepada kapten pasukannya yang terkenal itu. Dia hairan betul kenapa ketua dia ni boleh terkenal sedangkan perangai mengalahkan beruang kutub sedang berhibernasi! Tangannya di cekak ke pinggang sebaik berdiri di tepi katil itu.
"Apahal?"soal Roan dengan suara serak bangun tidur sambil tekan atas kening dengan belakang tapak tangan. Cuba nak hilangkan rasa sakit yang dirasainya ketika itu.
Drystan buat muka 'seriously' sebaik mendengar reaksi Roan. Tangannya terus jatuh ke sisi dengan serentak. Terkejut dia!
"Kau tanya ada apa?Wei!Kau tahu tak hari ni hari apa?"
Dalam keadaan terpisat-pisat Roan gerak menelentang atas katil sebelum duduk sandar ke headrest katil.
Tubuhnya tidak berbaju mendedahkan badan yang berketak dengan otot serta palitan tatu dan parut pertarungan bersinar disimbah cahaya pagi dari jendela bilik itu.
"Kalau ya perlu ke kau cakap kuat-kuat awal pagi macam ni?Bingit la!Sakit telinga aku tau tak?"sungut Roan bercemberut.
Drystan melepaskan hela kesal dengan panjang. "Hari ini kita akan keluar dari tembok untuk memburu Outlanders. Kalau lambat susah nanti."
Roan sikit pun tidak terkutik. Dia hanya termenung memandang hujung katil tanpa sebab.
Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati dengan arahan memburu mereka ini. Yalah kalau sudah tiba-tiba dan tanpa sebab siapa je tak curiga.
Dan lagi satu, memangnya betul ke mereka perlu buru Outlanders sebab puak ini menjadi punca peperangan di antara Royal Wall dan Outlanders terjadi?Sehingga sekarang dia tidak habis fikir, betul ke apa yang berlaku ini berpunca dari Outlanders? Sedangkan hidup mereka di sini baik-baik saja! Bukannya Outlanders menganggu ketenteraman mereka di sini. Balik-balik mereka yang keluar dari sini dan buru mereka yang sikit pun tak angkat tangan kepada sesiapa di sini?
PAP!
Satu bantal tepat mengenai muka Roan apabila ia di campak oleh Drystan ke dia.
Berkedip mata Roan dek bantal itu mengenai mukanya.
"Tengok tu. termenung je la kerja kau! Dah la bangun. Cepat siap!" arah Drystan sebelum bergerak ke arah pintu dan keluar dari situ.
Roan yang di tinggalkan sendirian dekat situ kerling ke belakang badannya dengan kening berkerut susah hati. Kalau bukan mengenangkan 'hutang' dia.
Memang tak la dia nak jadi The Hunter buat golongan Royal Wall ni!
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...