Balik.

862 100 1
                                    

            "Ayahanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            "Ayahanda... Izinkanlah anakanda lakukannya."

             "Kalau ayahanda kata tak boleh,  adakah kamu akan lakukannya juga?"

              "Sampai bila ayahanda nak tegah anakanda begini? Anakanda pun nak sama-sama bantu rakyat yang dalam kesusahan... "

               "Sampai bila-bila. Selagi ayahanda hidup. Kenapalah susah sangat anakanda nak faham? Anakanda ni tuan puteri. Bukan putera. Bukan lelaki. Peperangan bukan untuk kamu... "

              "Bukan semua perkara orang perempuan tak boleh lakukan... Termasuk berperang. Ada sesetengah perkara juga yang lelaki lakukan orang perempuan pun boleh buat. Tolong la ayahanda. Anakanda janji. Anakanda takkan mengecewakan ayahanda."pujuknya lagi.

              "Leah...ayahanda tak izinkannya bukan sebab kamu tak sesuai. Tapi sebab ayahanda tidak mahu apa-apa terjadi pada diri kamu.. Bonda kamu sudah tiada. Sekiranya sesuatu terjadi pada kamu, bagaimana ayahanda mahu teruskan hidup?"

Leah membuka matanya yang terpejam perlahan-lahan sebelum disapa pemandangan matahari terbenam di lereng bukit di situ.

Buat seketika dia perhatikan langit jingga kekuningan di depannya. Melihat betapa tenangnya keadaan sekeliling waktu itu.

Namun ianya sikit pun tidak dapat meredakan perasaan resah yang sedang dialami Leah.

Sudah masuk dua hari berlalu sejak kejadian dimana Leah menerima bantuan dari Drystan dan memberitahu cerita sebenar kepada lelaki itu. Dan sejak itu hatinya berasa tidak sedap.

Leah dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tetapi dia tidak pasti bila dan apa yang akan terjadi.

Firasatnya hanya beritahu supaya sentiasa berhati-hati.

Lagi-lagi setelah Moon memberitahu Leah mengenai kedatangan Jodan ke Nublar untuk membawa dia pulang ke Grendola semula. Leah

Memang tidak tidur lena la Leah dibuatnya. Dia takut sangat sekiranya Jodan berjaya mengesan dirinya.

Tiba-tiba deru angin bertiup. Tiupan angin itu sangat kuat hingga buatkan rambut belakang Leah terbang ke depan mukanya.

Udara disekeliling terus menjadi aneh,  dan gelombang tenaga yang kuat menyapa Leah.

Serta merta Leah pegang pedang yang tersemat di pinggang kiri lalu dikeluarkan dari kelonsong sepantas kilat.

Berdesup!

Leah pusing ke belakang dengan pantas bersama pedang ditangan kiri.

Srap!

Hujung bilah Leah melibas udara sebelum dihentikan oleh dinding cahaya yang melindungi tetamu tidak di undang itu.

Tertusuk hujung bilah pedang itu di dinding kaca tersebut beberapa inci dari mata milik tetamu Leah.

Menyedari siapakah orang itu,  Leah membuat muka tak suka.

            "Kau."sebut Leah dengan sambil mengecilkan mata tidak suka setelah melihat lelaki berambut panjang yang diikat satu di hadapannya.

Macam mana lelaki ni boleh kesan dia? Bukan ke dia dah pasang banyak booby trap dekat hutan ini sebagai pengalih perhatian!?

Jodan berdiri tegap di situ memandang Leah. Renungan dingin tiada perasaan ditala tepat ke wajah bersih puteri mahkotanya.

          "Tuanku semakin cekap."komen Jodan.

Leah turunkan pedangnya ke bawah lalu dimasukkan semula ke dalam kelonsong pedang dan undur sedikit ke belakang mahu menjauhkan diri.

Jodan perhatikan aura yang bersinar di sekeliling  badan Leah. Ianya tidak seterang seperti biasa. Tapi cukup malap untuk memberitahu dia yang puteri mahkotanya telah menggunakan terlalu banyak kuasa untuk tempat ini.

         "Tuanku fikir dengan meletakkan kuasa tuanku di seluruh tempat ini dapat alihkan perhatian saya dari menemui tuanku ke?"tanya Jodan setelah itu.

Hampir tiga hari Jodan selongkar kawasan hutan Nublar ini menggunakan detak nadi kuasa milik Leah. Namun tidak juga ditemui. Rupa-rupanya,  tuan puteri dia ini telah menyamarkan seluruh kawasan hutan ini dengan detak nadi kuasa miliknya untuk mengaburi kedudukan sebenar.

Mujur la Jodan mempunyai kuasa istimewa yang boleh membezakan mana satu detak nadi asli dan palsu milik Leah.

Menggunakan kuasa itu,  baru la Jodan berjaya menemui Leah di kawasan cerun bukit ini.

Leah menjulingkan mata kerana menyampah. Dia tidak suka pada Jadon. Eh... Bukan. Dia benci!

Tersangat benci!

Kenapa?

Sebab Jadon adalah anak emas ayahanda Leah. Lelaki ini diperlakukan seperti anak sendiri oleh Raja Lukariah, dibandingkan Leah sendiri.

Apa-apa Jadon.

Itu Jadon.

Ini Jadon.

Sekejap-sekejap Jadon.

Nah... Itu yang dia keluar dari Grendola dan bawa diri ke dalam hutan ini bersama Moon dan yang lain.

Disebabkan Leah mahu kelihatan berguna di mata ayahandanya la,  Leah berada di Nublar. Tempat yang paling berisiko tinggi dan sering berlakunya peperangan. Dia nak tunjuk pada ayahandanya yang dia boleh selesaikan isu yang berlaku di Nublar sejak beratus tahun yang lalu.

        "Berhambus."arah Leah.

        "Boleh. Tapi bersama dengan tuanku." mendatar saja nada Jadon sewaktu bersuara. Sikit pun tiada emosi pada wajah mahupun renunganya.

Berdengus tak percaya Leah lepas dengar. Memang tak la dia nak pergi dari sini macam tu je. Misi dia belum selesai. Dia pantang berundur tanpa hasil!

         "No."jawab Leah serta merta.

        "Sekiranya begitu,  kehadiran saya akan kekal di sini sehingga tuanku bersetuju untuk pergi dari sini. Raja Agung minta saya bawa tuanku pulang hidup-hidup secepat mungkin."beritahu Jadon sambil merenung tepat ke mata Leah. Ada sedikit garisan letih di renungan Leah. Dapat dia rasakan Leah banyak menderita di tempat ini.

            Mencerlung tajam kening Leah sebaik mendengar penjelasan itu. Ikutkan hati mahu saja dia panah Jadon dengan busur petirnya biar hangus terus. "Memangnya aku cakap bahasa asing ke sampai kau tak reti bahasa? Aku tak nak balik sana. Ya tak nak! Tak faham ke?!
Dan kau kena pergi dari sini. " katanya. "Jangan berani-berani nak rosakkan misi aku."

           "Arahan tuanku tidak valid pada saya. Saya hanya patuh pada Raja Agung sahaja. Maka segala permintaan dan arahan yang tuanku berikan kepada saya takkan saya hiraukan... "lawan Jodan dengan selamba.

Pergh!

Siut punya perangai!

Kalau la ayahanda ada di depan mata sekarang, boleh la tahu perangai sebenar anak emas lelaki itu bagaimana!

Leah mencekak pinggang sebelah tangan sewaktu dia kuak rambutnya ke belakang dengan kesal.  Serius! Dia nak maki sangat mamat sengal depannya ini. 

 

34. The HunterWhere stories live. Discover now