Keputusan Akhir

801 95 6
                                    

       "Tuanku?"sambut Jadon yang muncul berlutut di tepi Leah ketika itu pada masa yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Tuanku?"sambut Jadon yang muncul berlutut di tepi Leah ketika itu pada masa yang sama. "Tuanku tak apa-apa?"tanya dia sambil pegang tepi pipi itu.

JETIR!

Petir sambar menyambar di kawasan itu tanpa henti. Menakutkan werewolf, hunter, warlock dan vampire yang sedang bertarung di situ. Ada yang melarikan diri nak berlindung ada yang bawa lengan ke atas kepala masing-masing sebagai pilihan terakhir nak lindungi diri dari panahan petir di situ.

Namun panahan itu tidak buatkan Leah berkedip dari memandang akan lelaki yang muncul dengan seangkatan tentera di belakang.

Jadon yang hairan melihat tingkah kaku Leah pun berpaling ke arah yang sama. Sebaik dia terpandang akan arah itu, reaksinya turut sama apabila melihat Raja Agung Lukariah sedang berjalan menghampiri mereka dengan kedua-dua tangan mengalirkan cahaya petir dalam tapak tangan itu.

           "Kau tahu tentang ni?"tanya Leah sambil cengkam kuat lengan Jodan nak cari sokongan.

             Jodan menggeleng kepala dengan lemah tiada semangat. Dia sendiri pun terkejut beruk yang amat. "Tak..saya tak tahu langsung."

             "Dah tu kenapa ayahanda ada dekat sini?Bukan ke aku masih ada masa beberapa hari lagi?"tanya Leah tanpa berkedip memandang ayahandanya yang semakin hampir ke arah mereka.

Jadon terus lepaskan Leah dan berlutut sebelah kaki di situ dengan kepala tertunduk memandang tanah. Leah yang seperti orang tercekik biji rambutan hanya mampu bersimpuh di atas tanah itu bersebelahan dengan Jadon sewaktu Raja Lukariah berdiri melangit di hadapan mereka.

Raja Lukariah tunduk menatap wajah Leah yang comot dengan kesan lumpur dan darah itu dengan renungan admire. Melihatkan keadaan puterinya begitu buatkan dia teringat akan isterinya pada suatu masa dahulu. Sama seperti Leah, isterinya juga menyertai peperangan yang berlaku di Nublar dulu Bersama-sama dengan dia. Persis seperti ini la gayanya.

Kedatangan Raja Lukariah itu telah menyebabkan semua orang yang berada di tempat tersebut berhenti dari melakukan segala pergerakan dan hanya berdiri kaku di situ seperti baru Nampak hantu. Masing-masing membutang mata hendak lihat dan mengagumi raja agung mereka yang berkuasa itu.

Ramai di situ buat muka tertanya-tanya ingin tahu apa yang buatkan lelaki paling sibuk dan di kawal ketat dalam negara ini turun ke Nublar yang sedang berperang ketika ini?

          "Adakah kamu hanya akan ternganga memandang beta begitu atau memberi hormat Puteri Mahkota Leah Amora?"tegur Raja Lukariah dengan nada seorang raja.

Semua yang ada di situ sudah tercengang bagai nak apa bila dengar Raja Lukariah panggil Leah begitu. Semua kepala dan mata terarah pada Leah. Mereka pandang Leah dan Raja Lukariah silih ganti dengan perasaan tak percaya.

           "Apa?Puteri mahkota?"

           "Siapa?"

           "Leah?"

           "Dia puteri mahkota?"

           "What the heck?"

Bicara mereka semua dengan serentak.

              Mulut Leah terkatup rapat dan baru dapat mengedipkan mata selepas sober dari terkejutnya."Ayahanda.."kata dia dengan kening berkerut.

              "Baru sedar kamu ada orang tua yang perlu di kisahkan selain Nublar?"seloroh Raja Lukariah dengan nada seriusnya.

Leah gerak hendak berdiri, tetapi dia terduduk semula kerana sudah tiada daya dan tenaga lagi untuk digunakan.

Menyedari hal itu, Jadon la orang pertama yang dapatkan Leah untuk pimpin gadis itu bangun. Dengan cermat dia peluk belakang pinggang Leah dan sokong Leah untuk berdiri menghadap Raja Lukariah.

             Raja Lukariah yang perhatikan cara Jadon layani Leah hanya menahan diri dari tersenyum senang di situ. "Pulang la wahai anakku...tugasmu sudahpun selesai di sini.." beritahunya.

Kening Leah mencerun, dia pandang takut akan ayahandanya lalu ke angkatan tentera yang berada di belakang ayahandanya saat itu.

             "Kenapa ayahanda ada di sini?Bukan ke anakanda masih ada masa bersisakan tiga hari?"fikiran dia terus terbayang akan ayahandanya musnahkan tanah Nublar ini.

Raja Lukariah hanya beri anggukan kecil kepada Jadon. memberi isyarat pada Jadon supaya lakukan tugas lelaki itu.

Memahami maksud anggukan itu, Jadon dengan patuh memberi anggukan lantas mengeratkan pelukannya pada tubuh Leah untuk sokong gadis itu bergerak pergi dari situ.

            "No..."Leah menggeleng kepala sambil buat muka takutnya. Dia cengkam lengan Jadon sewaktu mahu dekati ayahandanya."Ayahanda...jangan lakukannya...kami hampir Berjaya di sini.."rayu dia hampir mahu menangis di situ.

Namun Jadon tidak benarkan Leah mendekati Raja Lukariah. Dia malah dorong Leah supaya maju ke hadapan untuk pergi dari situ.

           "Lepaskan aku Jodan! Ayahanda! Tolong la berikan masa untuk anakanda selesaikan semuanya sekali!"jerit Leah dari kejauhan.

Raja Lukariah tidak berpaling, dia malahan menghadap semua orang Puak Outlander dan Royal Wall yang ada di sekitar kawasan medan pertarungan itu.

Bersama renungan dingin dan seriusnya dia lirik setiap wajah di situ satu persatu. Dia ingin tahu apa yang membuatkan anakandanya begitu nekad mahu pertahankan tempat ini.

            "Selamat datang tuanku.."sapa Moon yang tiba-tiba jalan mendekat ke situ dan beri tundukan hormat pada lelaki itu.

             Tersenyum nipis Raja Lukariah bila tengok informer dia yang selama ini telah berikan laporan dan usul kepadanya sepanjang perkembangan Leah di Nublar ini. Lama dia tidak bertemu. "Shall we start it?"pada dia ke Moon penuh dengan muslihat.

              "Sudah tentu tuanku.."angguk Moon satu kali sebelum memandang tanah di kakinya tangan di depan perut.Dengan susah payah dia telan air liur gemuruhnya. Dia harap Leah akan maafkan dia!


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Omg...

Lagi sikit je lagi.

Fuhh!

Wish me luck Buddies. Ur support is everything!

Ajaa!Fighting!

Terima kasih ya sebab baca.

34. The HunterWhere stories live. Discover now