Berpasang-pasang kaki berboot combat menjejak tanah hitam hutan pada malam itu. Kelibat mereka yang bermantel itu semakin lama semakin menghampiri kawasan yang di litup dengan orb pendinding keselamatan. Seperti tiada apa-apa, semua hunter berarak mendekati kawasan target.
Di ketuai oleh Roan, lelaki yang mengenakan sut combat berwarna merah merun, Drystan dan yang lain, pasukan itu kemudiannya berhenti tepat di depan bukaan tanah lapang tidak berumput apatah lagi berpokok.
Lima dari mereka maju kehadapan sebelum lima pasang tangan terangkat di depan dinding seakan kaca cahaya di situ. Sesaat setelah tangan mereka terangkat, cahayapun keluar dari tapak tangan kelima-lima mereka di situ.
Terang benderang cahaya itu.
Roan berdiri memerhatikan anak buahnya yang lain lakukan kerja mereka untuk memecahkan dinding penghadang dengan air muka dingin tiada perasaannya. Namun tidak lama....
"Hentikannya!"
Tiba-tiba suasana senyap dan hening malam itu di sapa dengan suara halus dalam kepalanya.
Kepala Roan berpaling pantas ke kanan sebaik suara itu di dengarinya hingga tidak sedar dia menahan nafas terkejut.
"Hentikannya!"
"What the f-"lafaz Roan dengan kening berkerut hairan. Suara apa tu?
"Kenapa?"tanya Drystan sebaik dengar Roan bersuara. Dia pandang akan rakannya itu dengan kening berkerut kehairanan.
Roan pandang akan Drystan. Dia buat muka tak faham."Kau dengar tu?"soal dia dengan muka cuak gelabah.
Drystan apalagi, dia pun cuba pasang telinga dan kesan apa saja yang dimaksudkan oleh Roan. Tetapi buat beberapa saat kemudian dia tidak mendengar apa-apa pun. Dengar apa?
"Apa dia?"tanya dia."Suara tu..."beritahu Roan lagi. Serius dia tak tipu!Suara tu kedengaran sangat dekat!Seakan orang itu ada di depannya sekarang ini!
"Aku tahu kau dengar...jadi berhenti sekarang!"arah suara itu lagi.
Mendengar suara perempuan dalam kepalanya buatkan Roan undur ke belakang dengan awas. Matanya liat melihat sekeliling. Dia mula gerak mahu mengeluarkan pedang dari kelongsongnya.
What the hell!
"Apa semua ni?"tanya Roan di dalam hati dengan cemas. Dari mana suara ni muncul!?
"Better kau ajak kawan kau berhambus dari situ sekarang!"
Kening Roan mencerlung tajam. Berasa tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.
Bagaimana suara itu boleh berada di dalam kepalanya saat ini?
"Siapa kau?"fikir Roan di dalam kepala. Membalas suara yang sedang berada di dalam fikirannya ketika itu. Dia pandang ke arah lima orang lelaki yang sudahpun berjaya timbulkan rekahan pada dinding pelindung kawasan itu. Ianya mula bercahaya kuat.
"Kau memang mintak mati betullah!"
BOOM!
Satu letupan kuat bersama ledakan angin yang kencang terjadi tidak lama kemudian. Buatkan Roan, Drystan dan yang lain hadang wajah masing-masing dengan lengan.
Dinding pelindung kawasan itu pecah lalu runtuh. Ia mendedahkan rupa sebenar kawasan lapang tadi menjadi sebuah tapak jamuan yang sibuk dan penuh dengan manusia biasa serta warlock sedang bertempiaran lari dan hilangkan diri ke balik portal teleportasi.
Pasukan hunter di situ pun tidak membuang masa. Mereka terus maju dan menembak sesiapa saja yang ada di situ dengan kuasa masing-masing. Tidak mempedulikan siapa mangsa mereka. Apa mereka tahu tugas mereka adalah menghapuskan semua orang di situ.
"Ayuh Roan!"ajak Drystan sebelum berarak masuk ke dalam kawasan yang sedang riuh dengan suara orang menjerit dan raungan bergelut.
Mendengar ajakan itu, Roan mahu tak mahu terpaksa ikut. Dia jalan seiring dengan Drystan dan mula membuka langkah dan menyerang sesiapa saja yang ada di depannya ketika itu. Bilah kuasa yang muncul dari gelung pentagramnya melibas dan menusuk badan sesiapa saja yang melewati mereka di situ.
"Arghh!!!"
"Lari!"
"Serang mereka!"
"Yargghh!!!!"
Habis!
Tunggang langang keadaan tempat itu.
Tubuh bergelimpangan.
Meja terbalik.
Makanan bersepah.
Kayu dari unggun api berselerakan di atas tanah.
Pantulan bebola cahaya dan bilah kuasa dari The Hunter kelihatan dimana-mana.
Ada manusia biasa yang mati setelah di tikam oleh hunter. Ada juga warlock yang sedang bertumbuk dengan seorang daripada hunter di situ. Dan ada dua hunter menyerang seorang warlock!
Seperti pesta serigala memburu biri-biri, kejadian berdarah itu buatkan kawasan hutan pada malam itu riuh rendah dan hiruk pikuk.
Paling sadis, ada hunter mencekik leher seorang remaja lelaki dari puak warlock lalu menyerap teras kuasa mereka hingga kering kontang badan remaja itu menjadi rangka dan debu.
Di saat semua di situ kelihatan terdesak hendak selamatkan diri dan bergelut dalam kesakitan, ketika itu, Drystan sedang menarik rambut seorang lelaki tua dari kejauhan dengan sengih jahat meleret di bibir di datangi seseorang dari belakang.
"Dasar makhluk lembab!" lafaz Drystan sewaktu dia mahu mengerat leher orang tua di dalam cengkamannya itu. Seinci sebelum bilah kuasa berwarna kuning itu mahu menyentuh kulit lelaki itu, tidak semena tepi lengannya di sepak dan Drystan tercampak ke tepi lalu terlentang di atas tanah itu.
Tidak sempat hendak sober dari jatuhnya, Drystan yang masih terbaring di situ kemudiannya di hempap dari atas dengan satu tujahan yang kuat. Terbutang terus matanya bila nampak siapakah yang sedang memijak bawah lehernya ketika itu.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...