🌼BAB 19🌼 Tertidur Di Taman Kuarters Guru.
Aku membawa Haiqal menuju ke taman beriadah yang ada di dalam kuarters guru sesampainya kami di kuarters guru ku. Tak heran kenapa ada taman beriadah di sini, kerana kuarters guru Malaysia Private High School ini sangat luas sehingga jarak di antara bangunan bilik aku dan bangunan-bangunan lainnya berada jauh dari taman beriadah ini.
Bukan setakat taman beriadah saja yang ada, di sini juga ada kolam renang, Gym, kedai makan, cafe, mini market, klinik, perpustakaan mini dan surau. Cuma, semua itu ditutup pada waktu malam, kecuali klinik kecemasan dan taman beriadah. Sebab itu aku bawa Haiqal ke sini.
"Awak duduk kat situ dulu, Cikgu nak pergi ambil benda kat bilik sekejap." aku menujuk kearah salah satu kerusi batu yang ada di taman beriadah itu. Sedangkan selepas itu aku terus pecut meninggalkan Haiqal seorang diri.
Aku berlari tanpa henti hingga sampai di hadapan muka pintu bilikku, kecuali semasa naik lif. Tak gilanya aku nak berlari setempat di dalam lif, silap hari bulan runtuh lif dibuatnya.
Aku masuk dengan tergesa-gesa ke dalam bilik, mencari barang-barang yang aku perlukan dan aku berlari semula ke taman setelah semua barang-barang yang aku perlukan ada di tanganku.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...