Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼SIDE STORY: HARIS🌼 Janji Menawan.
"Ayah! Tolong jangan buat macam ni kat Hanis! Hanis merayu sangat, tolong tolak pinangan Datuk Anuar!"
"Diam Hanis! Ini semua untuk kebaikan kamu! Terima saja apa yang aku lakukan!"
"Kebaikan Hanis atau untuk kebaikan syarikat Ayah!?"
Plak!
"Jangan kurang ajar dengan aku! Dari kau lahir hingga besar, kemewahan, kenamaan dan pelajaran tinggi. Semuanya aku bagi. Kalau kau tak dapatkan aku hasil, apa gunanya duit yang aku tabur kat kau selama ini?"
Sebelah tangan kecil hinggap pada bahu si pengintai. Kepalanya yang ralit mengintai di sebalik pintu ruang kerja Dato' Harun menoleh ke belakang dengan terkejut. Sebelum menghela nafas lega.
"Apa awak buat? Kalau atuk tahu, awak kena pukul, Ris."
Haris hanya diam. Menarik tangan adik kembarnya kembali ke bilik mereka.
Soalan yang dilontarkan Haira tidak diberikan jawapan. Haris hanya diam sambil menulis. Sementara Haira mengambil tempat dan mula membaca buku. Tidak lagi memperdulikan Haris yang larut dalam fikirannya.
Mereka berdua lahir dari rahim yang sama. Namun keperibadian sangat jauh berbeza, membuat mereka tidak serapat anak kembar lainnya.
Mereka dibesarkan oleh pengasuh di rumah Dato' Harun. Ayah mereka yang merupakan anak kelapan dari isteri ketiga Harun.