🌼BAB 42🌼

1.4K 89 14
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 42🌼 First Date With Mamat Buaya Tanah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 42🌼 First Date With Mamat Buaya Tanah.

Gardenia menunggunya di restoran sama hari itu. Dia baru saja selesai makan. Sengaja dia makan dulu supaya nanti si mamat buaya tanah tu tak paksa dia makan bersama.

Sebaik saja selesai makan, si yang ditunggu-tunggu akhirnya datang. Menghampiri Gardenia dengan ceria dan duduk dihadapannya tanpa di jemput.

"Sorry lambat, Cik Gardenia dah lama tunggu?"

"Tak." ucapnya dengan senyuman tak ikhlas dibibir. Lelaki dihadapannya itu kelihatan berpakaian casual. Kacak. Muka macam buaya. Bukan, bukan mukanya macam buaya kat dalam air tu tapi aura kat muka dia tu macam lelaki playboy ala-ala bastard.

"Cik Gardenia dah makan?"

"Baru je." Gardenia sengaja menolak piring kosongnya kehadapan sedikit, pertanda dia sudah pun makan.

"Oh ya ke, saya baru nak ajak makan bersama. Saya lapar sikit sebab turun je dari pesawat terus datang sini. Tapi tak apalah...." Asyraf tersenyum sebaris, menundukkan sedikit kepalanya. Luntur sedikit senyuman sinis Gardenia melihat reaksinya.

Aduh, kenapa rasa bersalah pulak ni? Rasa macam tak betul pulak perangai aku ni. Terlalu kekanak-kanakan. Sepatutnya sebenci mana pun aku, aku tak boleh tunjukan secara terang-terangan macam ini. Aku sebagai manusia kena jaga hati orang lain. Lebih-lebih pada orang yang tak pernah sakitiku.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang