🌼BAB 34🌼 Pelumbaan Haram.
Di sinilah mereka berdua. Duduk di salah satu restoran fast food. Sedangkan Gardenia pergi membeli makan katanya. Haiqal dan Fairel bertatapan muka. Terlintas difikirannya mengapa mengikuti Gardenia yang menyeret mereka berdua dengan alasan memberi kerja. Padahal mereka tak nak pun makan bersama Gardenia.
Setelah lama dalam kerterdiaman, Gardenia datang bersama dua buah dulang. Meletakkan di atas meja, hadapan Haiqal dan Fairel.
"Jap, Cikgu pergi ambil punya Cikgu." dengan begitu Gardenia kembali menghilang dan kembali lagi dengan sebuah dulang yang sama seperti Haiqal dan Fairel. Dia duduk di hadapan kedua anak muridnya. Melihat makanan di dalam dulang yang tak tersentuh langsung oleh Haiqal dan Fairel.
"Kenapa tak makan?" dia mengambil kentang goreng selepas membaca doa. Sebelum itu dia meminum air mineral terlebih dulu.
"Kau kata nak bagi kerja kalau ikut kau?"
Gardenia mengangguk betul atas soalan Fairel. "Pastu?"
"Pastu, kita orang dah ikut. Mana kerjanya?"
Gardenia berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya, mengunyah hingga habis baru bercakap. "Lepas makan baru kita cakap pasal kerja."
"Tapi...."
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...