Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 48🌼Persembahan Pertama Kelas Rouge.
"Baiklah, sebelum Cikgu keluar. Ada sesuatu yang ingin Cikgu sampaikan kepada awak semua." Perhatian mereka semua tertumpu kepadaku. Bagus, ada perubahan sedikit. Buku-buku dan alat tulis ku susun rapi dan letakkan tepi meja.
"Isyraf. Haris. Tolong datang sini." Pintaku.
Mereka berdua datang dengan... terpaksa.
Macam mana aku tahu? Heh, tengok muka pun aku dah tahu. Memang sengaja nak tunjuk yang diorang tak rela. Macam lah aku nak buat apa apa kat diorang. Aku nak minta tolong sikit aje pun.
"Tolong sebarkan. Bagi sehelai seorang. Awak berdua pun ambil sehelai seorang." Dengan sama banyaknya aku memberi helaian kertas kepada Isyraf dan Haris. Menyuruh mereka sebarkan.
Kenapa aku tak sebarkan sendiri?
Jawapannya aku... malas.
Lagi satu, aku nak bagi Isyraf dan Haris kerja. Yelah, mereka berdua kan ketua dan penolong kelas. Walaupun ringan biar mereka rasa galas tanggungjawab.
"Terima kasih Isyraf. Haris." Sempat aku berterima kasih sambil mengukirkan senyuman sebelum menyuruh mereka duduk di tempat masing-masing.
"Sekarang fokus. Awak semua lihat dan baca poster yang Cikgu berikan."