Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 67🌼 Kehilangan.
Bang!
Matanya keras. Hanya berkelip ketika percikan darah dari sosok hadapan tersembur mengenainya.
"Argh!!!"
Satu das tembakan dilepaskan. Mengenai sosok itu, yang akhirnya jatuh tumbang ke dalam dakapannya.
"Ti...Tidak...." Dia bersimpuh memapah sosok anak muridnya yang terbuku pada pahanya.
"Raina...." Dia masih tidak percaya.
Jarinya terketar-ketar. Cairan merah sudah membasahi semuanya. Pakaian dan kulitnya.
Mata yang terpejam Raina terbuka. Menatapnya dengan penuh kesakitan.
"Raina... Kenapa? Kenapa halang?"
Air mata Gardenia akhirnya tumpah. Tidak dapat lagi ditahan tatkala melihat raut kesakitan dari anak murid yang telah melindunginya. Menjadi perhalang peluru untuknya.
"Kau!"
Buk!Buk!
Penumbuk yang tidak henti-henti diberikan kepada Isyraf. Kolar bajunya diangkat Haiqal yang sudah terlepas. Wajah Isyraf dibelasah Haiqal hingga tidak terbentuk lagi.