Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 53🌼 Kotak Muzik Haira Hilang Lagi? Unit Khas 078.
Hari ketiga percutian sama menyeronokkan. Pukul 7 hingga 9 pagi waktunya sarapan. Kemudian pada pukul 9 pagi kami semua bertolak ke beberapa destinasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik buat hari terakhir kami di sini tanah tinggi ini.
Perjalanan kami dari Belle La Resort ke Belle La Vegetable Farm mengambil masa 10 minit. Seperti biasa kami disambut dan dilayani langsung oleh pengurus besar ladang sayur-sayuran tersebut. Kami dibawa mengelilingi pelbagai jenis ladang sayuran. Diperkenalkan dan mencuba sayur-sayuran di situ secara mentah sebaik dicuci bersih.
Hanya mencuba sedikit, tidak makan. Sayur-sayuran di situ rasanya sedap dan lain daripada sayuran lainnya. Tapi tetap saja itu sayuran. Siapa yang suka sangat makan sayur?
Mr. Akram pun tak suka sayuran. Sebab tu badan kecik je, tak besar-besar. Rupannya kekurangan zat besi. Hahaha.
Kami tak lama di ladang sayur. Hanya sejam. Pada pukul 10:20 minit pagi kami telah tiba di Belle La Animal Park. Kami mengelilingi taman haiwan tersebut dengan menggunakan kenderaan motosikal beroda empat iaitu all-terrain vehicle (ATV). Yang diikuti dan dikawal oleh para bodyguard dan pekerja profesional.
Di sini ada biri-biri berbulu lebat yang putih bersih. Arnab yang comel pelbagai jenis baka. Lembu susu yang besar. Kuda yang gagah dan menawan. Kura-kura gergasi. Burung unta yang jinak dan banyak lagi.