🌼BAB 21🌼

1.6K 78 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 21🌼 Terpaksa Berjumpa Kerana Nak Membayar Hutang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 21🌼 Terpaksa Berjumpa Kerana Nak Membayar Hutang.

Satu hari telah berlalu dengan tenang, tak ada lah tenang mana pun. Hanya sekadar budak-budak tu semua tak buat masalah seperti yang aku jangka.

Aku tak tahulah sama ada mereka terlalu malas nak buat masalah dengan aku, atau sengaja nak bagi aku kurang waspada, barulah kemudian mereka semua bagi masalah bertambun-tambun banyaknya dekat aku.

Yang masalahnya sekarang ini, sama ada aku nak call ke tak je Encik buaya tanah tu. Sekarang dah pukul sembilan, agak-agaknya dia dah tidur ke belum? Petang tadi aku tak ingat nak call dia.

Ah, lantaklah. Baik aku call dia sekarang ajak jumpa. Biar cepat-cepat selesai hutang. Atuk cakap tak baik melengahkan masa bayar hutang. Walaupun aku betul-betul tak selesa jumpa Encik buaya tanah itu!

Tut ... Tu....

"Halo?"

Tak sampai beberapa saat, suara lembut terdengar di seberang telefon. Walaupun terdengar lembut tapi aku dapat rasa suara itu dibuat-buat, mesti sekarang ni dia tengah tersengih-sengih.

"Halo, saya Gardenia. Ini Encik buaya tan ... Encik Asyraf ke?"

Aduh! Hampir tersasul aku panggil dia Encik buaya tanah!

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang