🌼SIDE STORY: AFIF🌼

170 16 6
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼SIDE STORY: AFIF🌼 Pemilik Baru

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼SIDE STORY: AFIF🌼 Pemilik Baru.

Buk!

Buk!

Buk!

Setelah beberapa kali, akhirnya batang kayu itu dilemparkan begitu saja ke atas tanah.

"Sekarang, pergi cepat. Masa-masa ni banyak orang balik kerja."

Budak lelaki berusia sekitar 7 tahun yang meringkuk di lantai bangun dengan perlahan. Memperjelaskan lagi lengkuk tubuhnya yang kurus kering, berselindung disebalik baju besar usangnya.

Kepalanya terangkat, dengan mata dan pipi sebelah kanannya yang bengkak, dia mengangguk.

Plak!

"Senyumlah bodoh. Macam mana orang nak kesian kat kau kalau buat muka sakit macam tu."

Garis bibir yang berdarah naik secara perlahan. Bergetar tangannya menahan rasa sakit.

"Hm, ingat, jangan kat tempat ramai orang sangat. Pastu, tengok dan cari orang yang nampak kampung."

Sekali lagi budak lelaki itu mengangguk.

Kakinya yang pincang berjalan keluar dari perumahan flat buruk itu. Di perjalanan, pelbagai jenis orang yang ia telah ditemui.

Ada beberapa remaja yang duduk mencangkung sambil menghisap rokok, ada beberapa wanita berpakaian seksi di tepi lorong. Dan ada juga beberapa gelandangan dan orang gila yang tidur tepi longkang bangunan.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang