🌼BAB 45🌼

1.3K 86 7
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 45🌼 Aileen Deman Dan Hantarnya Ke Klinik?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 45🌼 Aileen Deman Dan Hantarnya Ke Klinik?

"Jadi, apa yang berlaku?" aku menatap mereka seorang demi seorang, mereka hanya diam sambil menatap ku kembali yang sedang meletakkan air kotak dihadapan mereka masing-masing. Aku pun duduk di sofa tunggal menunggu jawapan salah satu dari mereka.

"Ini semuanya salah dia!" tunjuk Alisya kearah Fairel.

"Eh, asal aku pulak?"

"Yalah, dah you sindir-sindir orang depan muka dia. Siapa yang tak marah? Cuba kalau I sindir you atau bandingkan you dengan Haiqal. You marah tak?" Alisya membela dirinya yang dirasainya tidak bersalah. Siapa yang tak marah masuk-masuk kelas, baru jer nak duduk terus kena sindir. Depan-depan muka pulak tu. Tak cukup sampai situ, dia dibandingkan dengan musuhnya, Aileen.

"Dah memang betul apa aku cakap? Kau nak sentap lebih-lebih kenapa pulak? Lagi satu, aku tak kisah orang nak banding-bandingkan aku dengan Haiqal, sebab aku sedar diri yang Haiqal lebih bagus daripada aku. Bukannya macam kau yang tak sedar diri!" Fairel juga tak nak mengaku salah.

Nampaknya ini akan menjadi kes sama-sama tak nak mengaku salah.

"Cikgu tanya apa yang berlaku. Bukan tanya siapa yang salah." tutur Gardenia walaupun dia sudahpun dapat tahu apa penyebab mereka bertekak mulut. Ini mesti Fairel sengaja memprovokasi Alisya dan Alisya yang mudah terprovokasi, sedangkan Aileen berang namanya disebut-sebut.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang