Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼SIDE STORY: HAIRA🌼 Penjaganya.
"Ira sayang nenek tak?" "Sayang..." "Habis itu kenapa tak datang jumpa nenek!" Kepalanya Haira di atas paha Aisyah Lim di hempap. "Argh...." Mulut kecilnya meringis kesakitan. Dia menahan, kerana tahu akibat yang lebih besar jika mengadu kesakitan. "Kamu nak jadi macam orang tua itu? Orang tua tak sedar diri! Tidak sedar diri!" Air mata Haira sudah mula mencucuri pipi lebamnya. Dia menggigit bibir sendiri menahan segala teriakkan kesakitan. Tidak mengambil masa yang lama. Aisyah Lim bagaikan tersedar melihat tubuh cucunya, yang meringkuk penuh kesakitan di atas lantai. "Tidak... Ira sayang.... nenek tiada niat buat begini. Nenek cuma tidak mahu Ira jadi macam orang tua itu. Orang tua yang nakkan nenek tapi tinggalkan nenek seorang diri. Ira sayang nenek, kan? Jangan tinggalkan nenek ya, nak?" Haira hanya mampu mengangguk perlahan.
Sungguh dia tidak dapat menggelengkan kepalanya. Bukannya tidak pernah. Namun akan lebih teruk dia dikerjakan. Haira hanya mampu menangguk. Nenek lah yang dia ada. Tulang belakang dan perlindung buat dirinya dan Haris, yang seperti biasa mengintai di sebalik pintu bilik. Haris tidak berani mendekat. Jika dia nekat untuk berdiri di hadapan Aisyah Lim, maka dia akan menerima pukulan yang lebih teruk. Mungkin kerana trauma pernikahan paksa ke atas dirinya. Membuatkan Aisyah Lim sangat membenci makhluk bernama lelaki. Bahkan satu-satunya anaknya lelaki yang telah meninggal dunia, iaitu ayah Haris dan Haira. Kehidupan Haira masa kecil dipenuhi buku. Dari segala jenis buku yang dia fahami telah dia baca. Selain buku, mungkin dunianya hanya ada nenek dan Haris. Ketika neneknya dalam mood yang baik, dia akan disayangi, dibelai dan diberikan beberapa hadiah kecil. Seperti kotak muzik dan buku. Dia juga akan di bawa ke kedai muzik neneknya. Membaca buku dengan diiringi alunan lembut dari alat muzik buatan neneknya. Namun selebihnya, jika sakit meroyan neneknya kembali. Dia yang akan jadi tempat pelampias pertama. Dipukul berkali-kali, tidak jarang juga Haris terkena dampak tatkala cuba menyelamatkan Haira. "Jangan jadi macam lelaki itu! Jangan tinggalkan aku! Jangan tinggalkan aku!" Aisyah Lim terduduk. Menatap kosong atas nasibnya.