BAB 29🌼 Bukti Dan Saksi.
Pagi harinya Gardenia ke sekolah dengan lebih banyak lagi tatapan menghina yang didapatkannya. Namun tak ia hiraukan. Dengan hati yang tak tenang dia pergi ke bilik gurunya.
Di depan biliknya ada ramai pelajar yang berkerumunan mengambil gambar. Gardenia mendekat dan bertanya. "Ada apa ni?"
Mereka serentak menoleh, ada beberapa yang terseyum sinis dan kemudian pergi bergitu saja tanpa menyapa Gardenia.
Gardenia sudah tentu sakit hati diperlakukan begitu tapi hatinya lagi sakit apabila melihat pintu bilik gurunya yang putih bersih kini kotor oleh coretan-coretan unfaedah. Dia cuba hapus dengan tisu basah, namun tidak berjaya kerana ini sepertinya marker pen yang permanent.
Gardenia masuk dan berdiam diri di dalam bilik gurunya. Dia sempat membuat kopi sebelum duduk termenung di dekat jendela. Termenung jauh memandang kain langsir yang tidak diselaknya.
Gardenia masuk bilik air untuk membasuh muka. Dahinya serasa sakit. Gardenia membasuh seluruh wajahnya berserta kepalanya. Walaupun nanti rambutnya basah.
"Perlukan bantuan?"
Gardenia mengangkat kepalanya. Menatap wanita yang tersengih di dalam cermin besar hadapannya. Gardenia terkejut tapi tidak seperti hari itu, kali ini dia jauh lebih tenang menghadapi wanita tersebut.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...