Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BAB 66🌼 Pelarian Buat Kali Kedua!
Seperti biasa, Afif akan membawakan makanan hingga ke dalam bilik. Dia berlutut dengan satu kaki di tepi katil, memandangiku sambil tersenyum.
"Nak saya suapkan?" soalan yang sama dilontarkannya setiap kali melihat aku terlambat makan.
"Cikgu tiada selera," Gardenia mendengus. Tapi tetap mengambil sesuap. Tanpa sengaja, tangannya terkena percikan bubur.
"Argh...." Rintihnya perlahan.
Belum sempat apa-apa, pintu bilik dibuka. Suara yang kedengaran membuat kedua-duanya mengalihkan pandangan.
Haiqal masuk, terus meluru ke arah Gardenia. Sempat dia memberikan tatapan tajam pada Afif yang sudah bangun berdiri. Dengan sekali pandang, Afif keluar, sambil meninggalkan jenaka pada Gardenia.
"Nampaknya Pakwe Cik Adik dah mari. Saya pergi dulu, ye?"
Gardenia pandangi wajah Haiqal yang lebam, seperti kesan tumbukan. "Kenapa dengan wajah awak, Haiqal?"
Haiqal tidak menjawab. Setelah pintu kembali ditutup dan dikunci, dia pula yang berlutut. Dengan pantas mencapai kaki Gardenia yang terjulai di birai katil.
"Apa yang awak buat ni, Haiqal?" Dia terkejut, cuba menarik kakinya.
Mata tajam Haiqal terasa menusuk. Cengkamannya tidak main-main.