🌼BAB 28🌼 Lupakan Masalah Dan Teruskan Hidup!
Gardenia masuk bilik Uncle Akalil selepas mendapat izin. Dia masuk dan melihat Uncle Akalil yang sedang bercakap dengan seorang lelaki.
"Oh, Gardenia."
Lelaki yang membelakangi ku itu memusing kerusinya kearahku bersamaan suara Uncle Akalil yang menegurku.
"Pelatih Zamri? Buat apa kat sini?"
Gerdenia terkejut. Zamri buat apa kat sini?
"Gardenia, duduk dulu." Gardenia dipersilakan duduk oleh Uncle Akalil.
Gardenia mengangguk dan duduk disebelah Zamri, berhadapan Uncle Akalil.
"Ada apa sebenarnya, Uncle?"
Tan Sri Akalil melihat Zamri sebelum menatap wajah tertanya-tanyanya Gardenia. Berat hatinya untuk menyampaikan berita ini.
Tan Sri Akalil menghembus nafas pasrah dan menghulurkan telefon pintarnya kepada Gardenia.
"Apa ni Uncle?" Gardenia bertanya sambil menyambut huluran telefon Tan Sri Akalil. Dengan kehairanannya ia melihat skrin telefon.
"Ini...."
Mata Gardenia membutang. Tak percaya dengan apa yang dia lihat dan baca. Jarinya dengan cepat ulur ke atas di skrin bagi membaca lebih lanjut berita tersebut.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...