🌼BAB 46🌼

2.1K 124 33
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 46🌼 Merawat Aileen Yang Sedang Sakit

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 46🌼 Merawat Aileen Yang Sedang Sakit.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik salah satu di asrama pelajar perempuan diketuk oleh Gardenia. Matahari di luar belum menampakkan diri bahkan langit masih belum cerah sempurna. Namun senyuman Gardenia sudah pun cerah seterang matahari. Lebih cerah apabila pintu yang diketuknya terbuka.

Aileen menatapnya dengan sangat tajam. Sedangkan Gardenia hanya buat bodoh yang masih lagi dengan senyuman cerahnya.

"Selamat pagi!" sapanya.

"You buat apa kat sini?" suara Aileen yang terdengar serak menambahkan lagi kengerian soalannya. Mana lagi dengan rambutnya yang kusut masai kerana baru bangun tidur, muka yang pucat lesi, bibir yang pecah kerana kurangnya kelembapan, mata yang seperti panda. Perghh! Dah macam pesakit VIP kat hospital bahagia je tengok.

"Tadaa! Tengok Cikgu bawa apa?" Gardenia mengangkat tanganya, menunjukkan beberapa plastik yang berisi makanan.

"Cikgu bawak sarapan untuk awak!"

"No thanks...."

"Cepatlah, pelawa Cikgu masuk!" sampuk Gardenia tak sabar.

"Argh, lambat." Gardenia menolak sedikit badan Aileen dari jalannya dan melangkah masuk dengan selamba badaknya.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang