Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 30🌼 Rahsia Raina.
"Selamat tengah hari saya ucapkan kepada semua pelajar Malaysia Private High School yang hadirin sekalian....
Tanpa melengahkan masa, saya Tan Sri Dr. Tunku Akalil Aisy selaku pengetua Malaysia Private High School akan terus mengatakan niat saya memanggil dan mengumpulkan kamu semua di sini sebelum pulang ke asrama. Bersama guru-guru dan kakitangan Malaysia Private High School."
Dengan begitu kesemua pelajar yang berhimpun di dewan besar itu bersorak dan bersiul-siul kecil mendengar kata-kata Uncle Akalil. Ada yang sudah mengetahui niat pengetua. Ada juga yang tidak tahu atau lebih tepatnya buat-buat tak tahu. Dan ada juga yang malas nak ambil tahu dan kisah.
Begitu juga dengan para guru dan kakitangan Malaysia Private High School. Ada yang mendengar dengan cermat dengan seyuman dibibir, ada yang malas mendengar ingin cepat pulang dan ada juga yang seperti patung melihat Uncle Akalil di atas pentas dewan.
Sedangkan Gardenia di belakang pentas dewan mendengar kata-kata Uncle Akalil bersama seseorang di belakangnya.
Gardenia yang bergaun putih itu terlihat sangat indah bersama senyuman berseri-serinya yang terpancar di raut wajahnya. Yang membuat sesiapa saja yang melihat dirinya merasakan perasaan keriangan yang sama seperti dirinya.