Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 70🌼TAMAT🌼 Mereka Akan Tetap Bersama Selamanya.
Tapi apa sekarang ini? Kenapa aku boleh nampak sosok Raihan?
Apakah aku kembali gila kerana bertemu mereka semula?
"R...Raihan?" bergetar suaraku. Termasuklah badanku.
Aku tahu ini kerja gila, tapi aku tetap melangkah ke arah sosok itu. Perlahan-lahan berdiri di hadapannya. Dalam jarak dekat, aku dapat melihat dengan jelas wajahnya, sosoknya, dan suaranya.
"Ya, Gardenia Rose." Suaranya terdengar garau. Seperti lelaki. Pakaiannya juga sama, seperti lelaki. Dengan kemeja dan seluar jeans.
Terlihat sangat nyata. Padahal ini hanyalah ilusiku.
"R...Raihan... Raihan...." Namanya kusebut berkali-kali, untuk mengingatkanku bahawa Raihan telah tiada. Ini hanyalah mainan otakku yang sudah rosak.
"Ya, Gardenia." Suaranya yang menjawab terdengar lagi. Terasa sangat seperti lelaki. Mana lagi dengan rambut panjangnya yang telah tiada.
"Tidak mungkin." Aku menggelengkan kepala laju-laju. Mata tidak lagi dapat menahan muatan masinnya. Perlahan-lahan satu persatu air mata jatuh mengalir di pipi.
"Tak mungkin... Tak mungkin... A...Awak nyata." Jari jemariku hinggap di kepalanya. Mengusap lembut rambut pendek yang halus itu.
"Gardenia Rose," suaranya terdengar dalam, sama seperti tatapannya padaku. Jarinya naik mengambil tanganku di atas kepalanya. Dengan lembut namun tegas diletakkan di pipinya yang putih.