Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BAB 54🌼 Bertahan Hidup Di Hutan.
"Arghh!"
Buk!
Dentuman kuat terhempas ke tanah. Debu tanah terhembus mengelilingi dua orang manusia yang saling berpelukan. Akibat menggelongsor dan terjatuh dari ketinggian yang cukup tinggi.
"Argh...." Rintihan kesakitan terkeluar dari bibirnya. Sedaya upaya mengacip gigi, menahan rasa sakit di seluruh badannya. Bahagian belakangnya terasa kaku dan berat.
"H... Haira. Awak okey?"
Haira makin meringkuk ke dalam dakapannya. Hanya kepalanya saja yang mengangguk. Mujur tak pengsan. Itu bermakna bahagian kepalanya baik-baik saja
Gardenia lega. Mendongak menatap langit.
Rasanya cukup tinggi. Mujur kami berdua jatuh di semak dan tiada batu tajam semasa kami bergolek menyelusuri tebing bukit tadi. Kerana itu tekanan jatuh tadi tidak terlalu berat.
Dah macam ayam golek pun ada tadi.
"Hehe... Arghh...." Rasa sakit dan ketat terus menghentam dada. Aku tak boleh ketawa.
Sesak dan berat sekali.
"Haira, tolong bangun dari badan Cikgu."
Mananya tak berat, kalau dah anak manusia duk meringkuk atas badan sendiri. Rasa macam ketindihan pun ada. Haira perlahan bangun. Turun dan mengesot duduk di tepi Gardenia. Tanpa mengucapkan sepatah perkataan pun.