Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BAB 63🌼 Pertukaran Pelajar Antara Malaysia Private High School dan Green Forest Private High School.
"You suka beli barang kat tempat murah macam ni ek?"
Gardenia hampir saja tak dapat menahan cebik mulutnya. Butik sebesar dan terlihat mewah ini dikatakannya tempat murah? Tak tahu ke baju kat sini paling murah tiga ratus ringgit? Serius ah murah bagi dia?
"Habis tu, kat mana tempat yang mahal bagi awak?"
Alisya tersenyum senget. Menarik tangannya Gardenia turun kembali ke tingkat paling bawah mall. Memasuki sebuah butik yang terkenal dengan barangannya ekslusif.
Ah, kalau yang ni memang mahal. Tahap cekik darah nak mamp*s.
"Selamat datang. Apa yang boleh kami bantu?" pekerja butik berseragam hitam putih itu bertanya dengan hormat. Tanpa senyuman sedikitpun.
"Alisya, awak nak kenakan Cikgu, ke?" Gardenia terpaksa tersenyum sebaris kepada pekerja wanita tersebut. Perlahan-lahan menarik tangan Alisya ingin keluar. Tidak mahu dia membeli pakaian di sana walaupun terlihat cantik desain dan berkualiti tinggi materialnya.
Harga sudah semestilah cantik berkualiti tinggi. Bukan tak mampu tapi dia tak mahu menghabiskan banyak duit hanya demi pakaian yang terlihat biasa dan simple begitu. Baju yang paling mahal dia pernah beli pun hanya seribu ringgit sehelai. Sedangkan di sini seribu ringgit hanya yang paling murah.