Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 68🌼 Mulakan Kehidupan Baru.
"Kenapa abang datang sini? Kenapa datang dalam keadaan Gardenia yang macam ini?" air mata menurun setitik demi setitik membasahi pipinya.
"Bertahun-tahun Gardenia cari abang, nak jumpa abang. Tapi abang tak nak jumpa Gardenia, bahkan ketika pernah bersua muka pun, abang larikan diri." Gardenia tidak mampu menahan esakannya.
Dia penat. Penat dengan takdir yang seolah-olah mempermainkannya. Dia ingin berjumpa Grey dalam keadaan terbaiknya, bukan keadaan teruk begini. Dulu juga sama, dia sanggup tunggu Grey keluar dari hukuman. Kemudian bertunang di usianya yang masih 16 tahun sebelum Grey pergi ke luar negara atas tajaan belajar.
Dia juga tidak ingin ketinggalan. Berusaha keras dalam pembelajarannya. Dan dengan tekad dan nekad dia menyusul Grey ke luar negara, demi mencari dan bersama Grey. Dia juga sanggup masuk ke dunia perisikan demi Grey yang merupakan seorang ejen perisikan kala itu. Semua itu dia lakukan agar tetap bersama Grey. Seperti janji yang mereka buat ketika kecil dahulu.
Tapi apa? Grey mengingkari janji itu. Di luar negara Grey telah bernikah dengan wanita lain, padahal mereka masih mempunyai ikatan pertunangan.
Dia tidak tahu menahu langsung hal tersebut. Kerana itu dia sentiasa cuba untuk bersama Grey. Membuatnya terlihat rapat dan bermesra-mesra dengan Grey. Membuatnya terlihat seperti seorang penyodol yang gedik memikat suami orang. Padahal dia adalah tunang Grey.