🌼BAB 33🌼

1.3K 80 7
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 33🌼 Pemintaan Maaf

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 33🌼 Pemintaan Maaf.

"Dah siap belum?" tanya Gardenia di luar pintu bilik air. Menunggu Raina berganti baju. Budak ni tukar baju ke, jahit baju? Lambat semacam?

"Sabar boleh tak? Kau ingat senang nak pakai baju dalam?" Raina keluar dengan baju t-shirt dan seluar track Gardenia. Kalau  pakaian dalam Gardenia tak bagi pinjam, jadi terpaksa dia pakai yang basah. Tapi tak terlalu basah kerana sudah dikeringkan sedikit dengan pengering rambut. Tak kering tapi lembab.

Dia kelihatan padan dan serasi dengan baju Gardenia, walapun sedikit kecil dan singkat. Ya lah Gardenia tinggi 166 cm, sedangkan Raina 170 cm. Sudah tentu lebih tinggi Raina, kerana Raina lelaki.

Gardenia melihat atas bawah tubuh Raina dan mengangguk puas. Hingga matanya tertumpu pada rambut basah Raina.

"Kenapa tak keringkan rambut?"

Raina mengangkat bahunya dengan malas. Dia berjalan ke sofa dan duduk.

"Ada makeup tak? Pinjam." dengan tak tahu malunya dia meminta.

"Perlu ke pakai makeup?" tanya Gardenia sambil mengerutkan dahinya. Walau tanpa dijawab Gardenia sudah pun tahu jawapannya. Wajah Raina memang cantik untuk ukuran lelaki, tapi bagaimanapun dia tetap lelaki. Dijadikan Tuhan dan dilahirkan sebagai lelaki. Akan nampak kelaki-lakiannya kalau tanpa makeup. Seperti sekarang, di mata Gardenia tiada lagi Raina yang comel dan manis  tapi remaja lelaki yang cantik berambut panjang. Cara  Raina duduk mengangkang menambahkan lagi kelaki-lakiannya.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang