🌼BAB 55🌼 Rancangan Fairel.
"24 jam telah berlalu. Dimana dia?" runsing Zakaria. Tak senang duduk. Satu berita baik pun tak kunjung tiba.
"Sabar, Zakaria. Unit khas 078 telah dikerahkan. Mereka pasti akan jumpa Gardenia."
"Jumpa mayat?"
"Hasmadi! Kalau tak ada benda baik yang keluar dari mulutmu itu. Baik kau tutup saja." Marah Akalil yang takut mendengar perkataan celuparnya. Perasaan bersalahnya makin bertambah. Juga tak kalah risau dengan keadaan Gardenia.
Dia menyesal. Menyesali menyetujui rancangan para ibu-bapa pelajar kelas Rouge untuk menguji Gardenia. Melihat bagaimana sikap Gardenia setelah menghadapi dan merasakan kemewahan yang diberi. Percutian di Belle La Resort juga ditaja oleh mereka. Ikutkan hadiah sebenar tidak akan dapat hadiah mewah sebegini.
Andainya dia menentang mereka semua sehabis-habisnya, mempertaruhkan segalanya. Pasti Gardenia baik-baik saja sekarang.
Ketukan pintu mengalihkan suasana tegang antara Tan Sri Akalil dengan Datuk Seri Hasmadi. Lian masuk menghadap Datuk Seri Hasmadi terlebih dahulu. Sebelum menyampaikan berita buruk.
"Hanya kerana hujan mereka tak mampu menjejaki Gardenia? Rendah sangat kemampuan 078? Ini yang dikatakan team terbaik dari yang terbaik?"
"B... Bukan begitu Tan Sri. Hanya saja mereka memerlukan lebih masa. Hujan yang terlalu lebat dapat menghilangkan jejak yang ditinggalkan." Jelas Lian. Sempat terkedu. Aura di ruangan berisi tiga orang hebat ini sungguh membuatnya gementar. Terasa ingin sekali menghilangkan diri hingga ke luar negara.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...