🌼BAB 31🌼

1K 74 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼BAB 31🌼 Selesaikan Masalah Untuk Hidup Bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼BAB 31🌼 Selesaikan Masalah Untuk Hidup Bahagia.

"Tujuan saya memanggil dan mengumpulkan kamu semua saat ini adalah untuk menperjelaskan status kelayakan mengajar Cikgu Gardenia di Malaysia Private High School. Pertama-tama saya akan katakan dulu bahawa Cikgu Gardenia mengajar di sini atas tawaran saya dan beliau menerima tawaran saya dengan adanya beberapa syarat. Salah-satu syaratnya adalah hak istimewa yang di berikan saya untuknya. Dan semua itu sudah tertulis di surat perjanjian."

Sudah jelas Uncle Akalil ingin mengatakan bahawa hak istimewa aku itu ada kerana syaratku untuk mengajar di kelas Rouge. Bukan kerana aku adalah kenalan rapat Uncle Akalil. Itu adalah syarat aku yang sudah dipersetujui oleh Uncle Akalil sendiri.

"Beliau, Cikgu Gardenia adalah graduan dari Harvard University, yang mana merupakan salah sebuah dari universiti elit dan terbaik di dunia yang terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat. Kerana itu jangan heran syarat layak masuk ke sana sangat ketat. Bukan calang-calang orang yang dapat menimba ilmu di sana. Salah satunya Cikgu Gardenia yang merupakan graduan di sana ketika berusia 24 tahun."

Diam dan sunyi. Mereka semua terdiam tidak percaya. Kerana itu Uncle Akalil hanya tersenyum memahami sambil memetik jarinya. Secara automatik layar besar di belakangnya menyala dan menunjukkan beberapa keping gambar Gardenia. Di dalam gambar-gambar tersebut ada Gardenia yang kelihatan jauh lebih muda daripada sekarang. Seperti belasan tahun.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Where stories live. Discover now