Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼SIDE STORY: AILEEN🌼 Dunianya.
Ahh, aku benci kehidupan ini.
Aileen kecil terbaring di atas katil megahnya. Matanya yang berair menatap siling di atas. Nafasnya terhengah-engah dengan haba panas. Tubuh badannya menggigil kesejukan di dalam selimut tebal.
Dia demam. Entah kenapa, sejak kecil dia selalu demam. Demamnya bukan biasa-biasa. Memang akan sangat teruk jika terkena deman. Hingga dia hampir kalis.
Sebenarnya yang lagi teruk, tidak siapa disisinya ketika dia sakit.
Tiada ahli keluarga mahupun para pembantu rumah. Hanya dia seorang saja yang menanggung rasa sakit ini.
Dia dilahirkan pramatang, tubuhnya tidak sempurna dan lebih lemah dari orang lain. Sejak kecil dia mudah terkena penyakit. Bahkan setiap kali dia hanya berjalan terkena debu jalan sikit pun, dia akan jatuh sakit.
Mungkin kerana itu juga ibunya protektif padanya.
Protektif yang tidak dia sukai.
"Cik Muda demam lagi?" ucapan lembut itu menenangkannya.
Otaknya terasa kosong dan memeleh, namun hatinya terasa sangat sejuk dan tenang menerima ucapan dari pembantu rumah yang berusia itu.
Dia hanya diam, namun pembantu tua itu menjaganya dengan baik serta penuh kasih sayang.