Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 64🌼 Rancangan Perlarian.
"Denia dah pengsan, Qal." kata Fairel.
Lengan Haiqal di pinggang Gardenia makin mengerat. Dia mengetahui itu. Maka dengan sekali saut, pinggan Gardenia yang dirangkul terangkat dan mendukungnya dengan begitu mudah. Sama seperti hari kemalangan yang dirancang beberapa hari lepas.
Tangan kanannya di belakang memegang bahu Gardenia, sementara tangan kanannya berada di bawah kedua lutut. Berjalan tegak seolah tidak membawa beban dalam keadaan kepala Gardenia bersandar lena. Terlihat seperti tidur nyenyak di pelukannya.
Semuanya bermula ketika mereka mendapat tahu tentang kontrak kerja Gardenia. Rancangan spontan mereka melakukan mogok supaya dipujuk Gardenia.
Memang mereka dipujuk namun Gardenia tidak mengubah keputusannya. Kemudian mereka mula mengikuti segala pergerakan Gardenia. Termasuklah mengetahui Gardenia ke pusat membeli belah. Alisya mengambil kesempatan itu untuk menunjukkan kekayaannya dan pura-pura bertemu Gardenia secara kebetulan.
Dia ingatkan Gardenia akan tertarik dengan kemewahan dan keistimewaan. Namun dia salah pesat.
Gardenia terlihat biasa saja. Bahkan memberi kembali pemberiannya. Tidak dapat dia nak menuntut atau buat sebarang ugutan nanti.