🌼BAB 12🌼

1.8K 100 7
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 12🌼 Mimpi Kelam Dan Keluar Ke Kedai Serbaneka 24 Jam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌼BAB 12🌼 Mimpi Kelam Dan Keluar Ke Kedai Serbaneka 24 Jam.

Gelap dan lembap. Itulah yang aku rasakan sekarang ni, gelap tanpa sebarang lampu, hanya ada sedikit cahaya yang masuk melalui celah-celah dinding kayu yang berlubang dimakan anai-anai.

Dahi aku mula berpeluh, kaki aku mula bergetar.

Aku di mana ni? Kenapa tempat ni kotor, sangat kotor. Dipenuhi dengan sisa-sisa plastik makanan dan najis. Menyebabkan bau yang teramatlah busuk.

Itulah permadangan yang aku lihat di dalam bilik sederhana ni. Tanpa sebarang perabot. Betul-betul hanya bilik yang kosong.

Aku kat mana ni? Kenapa tempat ini menjijikkan sekali?

Aku memandang sekeliling aku. Mencari-cari pintu, sebab aku nak keluar dari bilik ini dengan segera.

"Hiksss..." Aku mendengar suara tangisan yang perlahan di belakangku.

Aku melihat ada beberapa orang kanak-kanak yang aku jangka berusia 5-13 tahun berada di dalam bilik itu. Mereka semua kurus sekali. Tak ada isi sedikit pun kat badan mereka, aku sampai boleh nampak tulang-belulangnya.

Macam mana aku nampak?

Yalah, pakaian mereka itu tipis sangat, bertampal-tampal pula. Sebab tu aku nampak.

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang