Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang.
Namun, semua itu sebelum dia mendenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌼BAB 65🌼 Terkurung Bagaikan Haiwan Perliharaan.
"So, don't make me and Khizar angry. Jika kau tak nak jadi cacat macam kita orang berdua."
"Pergi! Saya tak nak tengok muka awak berdua!" herdik Gardenia. Dia benar-benar tak dapat menahan ugutan itu. Seolah-olah hidupnya berada di tangan mereka.
"Nak pergi mana? Seumur hidup you akan tengok muka kita orang?" masuk Alisya dan yang lainnya. Mereka terus ke sini selepas mendapat berita pelarian Gardenia.
Masing-masing dilanda amarah tersendiri.
"Don't bestupid lah! Sampai bila awak semua nak kurung saya?"
"Sampai you mati."
Terkedu dia mendengar jawapan kejam Alisya yang sedang mendekat. Dagunya dicengkam dan ditarik mengadap ke atas.
"Kalau you nak mati sekarang pun boleh."
Gardenia tetap diam. Badannya kejung tidak bergerak. Terlihat juga putus asa. Perlahan-lahan melemah dengan sendirinya. Membuatkan Alisya tersenyum puas. Sedikit sebanyak meredakan amarah mereka semua melihat kepatuhan Gardenia.
🌼🌼🌼🌼🌼
Beberapa jam sebelum....
Di lain tempat, yang sama kelam kabutnya disaat Gardenia melarikan diri. Para wali pelajar kelas Rouge mengadakan mesyuarat secara tiba-tiba atas kehilangan anak jagaan mereka. Bahkan Zabir Khalid, Executive Z&Z Company turut menyertai mesyuarat itu. Bagi memberikan keterangan.