Bab 46🕵️‍♂️

745 54 6
                                    

         Naqieb melangkah menuju ke kerusi meja di halaman rumah yang telah tersedia cantik berdekatan pondok rumah mereka. Matanya melihat wajah pasangan suami isteri yang hadir ingin menemu mereka.

"Bro." Aqil mengapai tangan Naqieb untuk berjabat tangan lalu berlaga bahu mereka sebelum melabuhkan punggung. Aina hanya memberi senyuman pada Naqieb.

"Rindu gila kat kau."

"Otak kau lah."

Aqil dan Aina meletuskan tawa mereka. Hati penuh gembira dapat melihat sahabat bagi pasangan suami isteri itu sihat setelah kejadian buruk yang menimpa mereka.

"Sihat?" Soal Aqil prihatin sambil matanya melihat sekujur tubuh Naqieb yang dilihat sudah sihat seperti asal.

"Alhamdullilah. Sihat."

Lega Aqil mendengarnya. Selepas ini, dia tidak perlu risau lagi untuk meningkatkan pengawasan keselamatan ketat untuk mereka. Sejurus itu, dia boleh menyampaikan beberapa kes atau kejadian yang berlaku untuk memberi peringatan buat sahabatnya.

"Nurul mana?" Soal Aina pula apabila kelibat Nurulia tidak kelihatan lagi.

"Di dapur lagi rasanya, hidangkan sedikit untuk korang."

Aina menganggukkan kepalanya dengan senyuman masih lekang di bibir.

"Macam mana keadaan korang berdua? Okay? Atau kau yang tak okay?" Aqil menjongket keningnya memandang Naqieb. Hujung bibirnya tersungging memaparkan senyuman sinis.

"Kau sengaja ke apa? Aku tahu korang tahu apa yang jadi kat bini aku dengan melihat perubahan dia sekarang macam aku bagitau. Apa susah sangat kau nak bagitau aku?" Naqieb hampir mengalah. Dari mula dia sakit, dia mengetahui dan mengesan perubahan isterinya dari sebelum sakit dan selepas sakit. Kini, dia mengesan dengan lebih lanjut, namun masih tiada jawapan.

"Nak kata bini aku hilang sayang kat aku tak, dia garang dalam manja, Qil. Aku keliru sekarang ni." Naqieb memegang sisi kepalanya.

"Kerap?"

"Kerap lah."

"Asal? Kau bosan?" Aqil menjongketkan keningnya.

"Bukan bosan. Aku tak pernah ada rasa bosan pada bini aku.." Jawab Naqieb. Sesekali kepalanya menoleh memandang pintu rumah jikalau terlihat kelibat isterinya datang.

"Cumanya, aku lemah dengan tektik godaan dia, Qil."

Aqil menghamburkan tawanya. Terhibur mendengar luahan Naqieb. 

"Kau gelak, Qil? Aku bingung nak cari jalan penyelesaian, kau gelak?" 

Aqil masih lagi menghamburkan tawanya. Pada pertama kalinya, Naqieb kelihatan bingung dengan hal yang simple itu. Sedangkan, sehingga sekarang mereka masih tidak memberi jawapan pada Naqieb tentang perubahan Nurulia kini.

Sengaja mereka tidak mahu memberitahu Naqieb, ingin Naqieb mencari sendiri jawapan manakan kesihatan Naqieb kini kembali pulih.

"S*al mamat ni." Baru sahaja Naqieb ingin bangun untuk melepaskan geramnya pada Aqil, isyarat bisikan Aina menarik perhatiannya menandakan Nurulia datang. Tergantung tindakan Naqieb dengan keadaan geram dia kembali duduk. 

Aqil menyapu air matanya yang mengalir akibat ketawa. Aina hanya menggelengkan kepalanya. Dia membiarkan sahaja perangai suaminya bersama Naqieb begitu. 

Mata Aina memandang tubuh Nurulia yang hadir dengan membawa bersama sedulang air. Perlahan jug dan beberapa gelas dialih letak di atas meja tersebut. Mata Aina memandang wajah Nurulia yang dingin tanpa sebarang senyuman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now